Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan ke institusi posmenengah diumum 1 Februari

Jan 25, 2018 | 12:29 PM



KEPUTUSAN Latihan Kemasukan Bersama (JAE) akan dikeluarkan pada 1 Februari depan, 9 pagi, kata Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan hari ini.

Para pemohon boleh mendapatkan keputusan JAE mereka melalui beberapa saluran termasuk Sistem Internet JAE, yang boleh diakses melalui laman web JAE dan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar ke telefon bimbit mereka yang diberikan pemohon semasa pendaftaran.

Pemohon yang mendapat tempat di Maktab Rendah atau Institut Millenia perlu melaporkan diri ke institusi-institusi ini pada Jumaat, 2 Februari, pukul 7.30 pagi.

Pemohon yang mendapat tempat di politeknik atau Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan menerima arahan melalui pakej kemasukan yang akan dihantar melalui pos oleh instituisi berkenaan.

Para pemohon yang ingin membuat rayuan ke maktab rendah lain harus langsung ke maktab rendah pilihan mereka.

Maktab rendah tersebut mempunyai hak sama ada untuk menimbangkan permohonan ataupun tidak sekiranya ada tempat kosong dan pelajar memenuhi mata yang diperlukan untuk memasuki maktab rendah tersebut. Pemohon yang ingin membuat rayuan untuk ke Institut Milennia juga perlu langsung ke institusi tersebut.

Mereka yang ingin membuat rayuan untuk mendapatkan tempat bagi kursus diploma di politeknik atau berpindah ke kursus diploma yang lain boleh melakukan demikian menerusi laman web Rayuan JAE Politeknik mulai 1 Februari hingga 5 Februari.

Keputusan rayuan akan dikeluarkan di laman web yang sama pada 8 Februari, 2 petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >