Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WAWANCARA DENGAN PENGERUSI BERSAMA MTF

SG sudah 'dibuka' tapi masih perlu waspada atas ancaman Covid-19

Lawrence Wong gesa masyarakat gunakan masa kini, dengan lebih banyak SMM dilonggar, sambung semula kehidupan normal
Apr 03, 2022 | 05:30 AM



SEDANG Singapura melangkah ke tempoh peralihan dalam pandemik Covid-19, rakyat perlu terus berhati-hati kerana keadaan virus itu yang tidak menentu, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Encik Wong, yang juga pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF), berkata meskipun negara ini dalam kedudukan yang baik dalam mengawal pandemik, ia harus mengekalkan tahap kewaspadaan tinggi agar dapat terus melakukan pelonggaran langkah keselamatan serta pembukaan semula sempadan secara bertahap.



Pada masa yang sama, beliau menggesa masyarakat Singapura supaya menggunakan masa sekarang - dengan lebih banyak langkah pengurusan selamat (SMM) dilonggarkan - untuk menyambung semula kehidupan normal seberapa yang boleh.



Bercakap dalam satu temuramah khas dengan media SPH kelmarin, yang turut disertai oleh Menteri Kesihatan yang juga pengerusi bersama MTF, Encik Ong Ye Kung, Encik Wong menjelaskan:



"Setelah berhubungan semula dengan keluarga dan teman-teman serta menyambung semula kehidupan normal, perlu kita ingatkan semua dalam kita menikmati dan memanfaatkan pelonggaran SMM terkini, kita tidak boleh lalai dan perlu berhati-hati.



"Sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku dengan virus ini...kita telah menangani berbilang gelombang virus ini sejak 2020..."



Lantaran itu, sekiranya berlaku gelombang virus seterusnya, ada kemungkinan ia lebih lemah mahupun lebih berbahaya dan agresif, menurut Encik Wong.



"Jadi kita harus terus bersedia serta memantau dengan rapat bagaimana situasi ini berubah," terang beliau.



Tambah beliau, Singapura yang kini dalam kedudukan baik, harus terus mengekalkan tahap kewaspadaan yang tinggi.



Ini sebabnya pemerintah memutuskan untuk melonggarkan langkah keselamatan dengan bertahap dari segi sempadan dan dalam masyarakat.



"Kami berharap semua orang akan memanfaatkan sepenuhnya masa ini untuk menyambung semula kehidupan normal... dan pada masa sama, terus melakukan dan mengamalkan tanggungjawab sosial dan peribadi," jelas Encik Wong.



Dalam hal ini, beliau perhatikan bahawa masih ramai warga yang memilih untuk memakai pelitup di luar meskipun ia tidak wajib.



Dalam pelonggaran SMM terkini, orang ramai boleh memilih untuk tidak memakai pelitup di luar rumah manakala saiz kumpulan yang boleh berkumpul digandakan kepada 10.



Perjalanan rentas sempadan juga dipermudahkan secara ketara dengan melonggarkan lebih banyak sekatan bagi pengunjung yang telah divaksin penuh untuk masuk ke Singapura.



"Masih ada orang yang tetap mengambil langkah berjaga-jaga, dan ini sesuatu yang bukan tidak baik...pada masa sama, ramai keluarga saya temui amat gembira dapat makan bersama, manakala ada pelajar gembira dapat bersukan bersama...," ujar Encik Wong.



Apabila ditanya tentang pelonggaran langkah seterusnya yang akan diambil, Encik Wong berkata ini bergantung kepada perkembangan dalam keadaan Covid-19 nanti.



"Selepas pembukaan semula ini, yang merupakan satu langkah besar, kes jangkitan akan meningkat namun ia akan terus terkawal dan selepas itu, barulah kita boleh timbangkan langkah seterusnya," terang beliau.



Tambahnya, memandangkan usaha signifikan untuk permudah lima SMM utama, sebarang langkah lanjut juga akan berkaitan dengan lima SMM itu.



Contohnya, menaikkan jumlah yang bekerja daripada rumah pulang ke tempat kerja daripada 75 peratus kepada 100 peratus.



Menyentuh tentang kesan pelonggaran SMM dan membuka semula sempadan terhadap kos sara hidup, Encik Wong berkata faktor utama yang menjadi keprihatinan pada masa ini bagi kos barangan tetap adalah faktor atau sekitaran luaran.



Ini seperti peperangan di Ukraine dan cabaran rantaian bekalan yang boleh menjejas kos makanan dan tenaga Singapura.



Menjelaskan lebih lanjut, Encik Wong berkata:



"Pembukaan semula sempadan secara umumnya, mungkin akan meningkatkan permintaan...ini boleh menimbulkan sedikit tekanan terhadap harga.



"Bagaimanapun, pembukaan semula sempadan ini akan bermakna lebih ramai pekerja akan memasuki negara kita.



"Ini akan banyak membantu isu kekurangan pekerja yang dihadapi oleh banyak perniagaan maka ini akan membantu untuk meredakan keprihatinan berkaitan kos bagi para peniaga."



Maka itu, Encik Wong berpendapat bahawa pembukaan semula sempadan dan pelonggaran SMM tidak akan menjadi pendorong utama inflasi di sini nanti.




KEPUTUSAN PALING SUKAR BAGI LAWRENCE WONG 



"Pada 2020, memasuki pemutus rantaian jangkitan adalah keputusan yang sangat sukar.''




"Pada 2021, keputusan sukar adalah... kita berharap untuk bergerak ke hadapan dan membuka (semula) dan kita telah mencapai kadar vaksinasi yang baik. Dan kita berharap kita tidak perlu memasuki Kewaspadaan Dipertingkat walaupun dengan Delta tetapi kita tidak dapat melakukannya kerana sistem hospital dibebani atau menjadi sangat tertekan... dan kemudian kita terpaksa memasuki tempoh Kewaspadaan Dipertingkat yang berpanjangan.



Ia sangat sukar, sangat menyakitkan. Saya faham sepenuhnya. Dan walaupun kita tidak perlu memasuki pemutus rantaian jangkitan, ramai orang merasakan bahawa (had) dua orang tidak... perniagaan F&B khususnya, tidak merasakan yang ia banyak membantu. Jadi mereka terjejas teruk. Jadi itu sangat sukar dalam tempoh itu.''




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >