Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan penempatan menengah satu 21 Dis

Dec 15, 2022 | 05:30 AM



KEPUTUSAN penempatan ke menengah satu tahun depan akan dikeluarkan pada 9 pagi Rabu depan, demikian diumumkan Kementerian Pendidikan (MOE) semalam.



Pelajar yang bakal memasuki menengah satu boleh mendapatkan keputusan penempatan mereka menerusi beberapa cara berikut:



  • khidmat pesanan ringkas (SMS), jika pemohon telah memberi nombor telefon bimbit mereka semasa membuat pilihan sekolah;

  • di sistem S1-Internet, menggunakan nombor sijil kelahiran pelajar atau nombor pengenalan asing dan nombor pengenalan peribadi menengah atau;

  • di sekolah rendah masing-masing.

Pelajar tidak perlu melaporkan diri secara fizikal di sekolah baru mereka selepas menerima keputusan penempatan mereka, kata MOE.



Sebaliknya, pelajar harus merujuk ke laman web sekolah mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembelian buku dan pakaian seragam dalam talian serta butiran pelaporan.



Ibu bapa kohort menengah satu ini yang menggunakan Gerbang Ibu Bapa juga boleh menerima arahan daripada sekolah mulai petang 21 Disember.



Jika pelajar tidak dapat melaporkan diri di sekolah menengah mereka pada hari pertama persekolahan pada 3 Januari depan atas sebab-sebab yang sah, mereka boleh menghubungi sekolah secara langsung untuk mengesahkan mereka akan mengambil tempat menengah satu yang telah diberi kepada mereka, dan sekolah akan menyimpan tempat itu untuk mereka, kata MOE.



Maklumat lanjut mengenai latihan penempatan itu boleh didapati di laman MOE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >