Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN PROGRAM DIPLOMA BACCALAUREATE ANTARABANGSA (IBDP)

Markah pelajar S'pura lebih tinggi daripada purata global

Jan 04, 2023 | 05:30 AM



PELAJAR yang menduduki Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IBDP) di Singapura pada November lalu sekali lagi menunjukkan prestasi yang cemerlang.



Markah purata yang mereka raih adalah 39.48 daripada markah penuh 45 - lebih tinggi daripada purata global 30.91.



Hampir separuh daripada pelajar yang meraih markah sempurna di serata dunia - 55 daripada 120 - adalah dari Singapura.



Sebanyak 21 sekolah di Singapura telah menjalankan IBDP November lalu.



Ini termasuk Sekolah Anglo-Chinese (ACS) Bebas, Institusi St Joseph (SJI), Madrasah Aljunied Al-Islamiah dan Sekolah Sukan Singapura.



Para pelajar di sekolah antarabangsa cabang ACS, SJI dan Hwa Chong juga turut menerima keputusan mereka.



Sejak negara ini mula menyertai program itu pada 2005, Singapura telah menghasilkan keputusan markah penuh terbanyak di dunia secara konsisten pada peperiksaan itu yang selalunya diadakan pada November setiap tahun.



Pertubuhan IB yang berpangkalan di Switzerland yang mengendalikan peperiksaan itu berkata 2,276 pelajar Program diploma (DP) dan program berkaitan kerjaya di Singapura menerima keputusan mereka semalam.



Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah IB, Encik Olli-Pekka Heinonen, berkata:



"Untuk sampai ke tahap ini, ia adalah penting untuk ingat bahawa pelajar IB perlu menunjukkan daya tahan yang luar biasa sepanjang pandemik Covid-19.



"Krisis global menimbulkan banyak cabaran bagi mereka untuk mengatasi dan saya bangga dengan setiap pelajar IB yang menamatkan kursus mereka hari ini. Bagi semua yang mengambil IB, hari ini adalah hari untuk meraikan kecemerlangan dan jgua renungan.



"Menyedari bahawa pelajar di peringkat global terus menghadapi gangguan dalam kehidupan mereka dari segi pengajaran dan pembelajaran akibat pandemik global, IB membuat penyesuaian untuk membantu menangani cabaran, termasuk penyesuaian kepada pembelajaran, pengajaran dan penilaian bagi peperiksaan tersebut pada November 2022."



Walaupun majoriti pelajar dapat menduduki peperiksaan itu secara fizikal, IB berkata bahawa ia membenarkan penilaian gred diberikan tanpa peperiksaan tulis sebagai langkah kontingensi untuk keadaan yang menghalang peperiksaan daripada diadakan.



"Kesan pandemik ke atas pelajar diambil kira sepanjang proses pemberian gred bagi peperiksaan itu pada November 2022. Gred yang sesuai juga telah ditetapkan untuk mengambil kira bagi gangguan kepada pendidikan.



"Semakan semula keputusan telah dijalankan bagi memastikan IB mengurangkan gangguan yang dihadapi pelajar," kata pertubuhan itu dalam kenyataannya semalam.



Antara lain, tahun ini merupakan tahun yang ketiga bagi Madrasah Aljunied Al-Islamiah menjalani IBDP.



Seramai 19 pelajar telah menduduki peperiksaan itu November lalu.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura semalam, sekolah itu telah menghasilkan 100 peratus kelulusan.



Pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah meraih markah purata 36.05.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >