Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kereta elektrik BlueSG disewa lebih 20,000 kali dalam tiga bulan pertama beroperasi

Mar 17, 2018 | 05:30 AM



PERKHIDMATAN perkongsian kereta elektrik BlueSG telah disewa lebih 20,000 kali dalam tempoh tiga bulan pertama ia beroperasi.



Syarikat BlueSG semalam berkata lebih daripada 9,000 pengguna telah mendaftar bagi menggunakan perkhidmatan itu, naik daripada 3,300 dua bulan lalu.



Perkhidmatan yang dilancarkan di sini pada Disember lalu dengan 80 kenderaan dan 32 stesen pengecasan - kini mempunyai 105 kenderaan dan 42 lokasi pengecasan di serata negara.



Peningkatan itu menunjukkan pelanggan memanfaatkan kemudahan dan daya tarikan perkhidmatan BlueSG, kata pengarah urusan syarikat itu, Encik Franck Vitte.



"Kami telah menerima permintaan yang lebih besar bagi lebih banyak stesen dan kereta untuk menjadikan perkhidmatan itu tersedia secara meluas dan bekerja secara aktif dengan agensi," ujarnya.



Menjelang 2020, BlueSG menjangka mempunyai 1,000 kereta, serta 500 lokasi pengecasan yang menawarkan 2,000 pusat pengecasan, menjadikannya program perkongsian kereta elektrik kedua terbesar di dunia.



Kira-kira 80 peratus daripada pusat pengecasan dijangka berada di kawasan kediaman.



BlueSG adalah anak syarikat Bollore Group, yang juga mempunyai kira-kira 4,000 kenderaan elektrik di bawah perkhidmatan perkongsian kereta Autolib di Paris.



Ia telah berkembang ke bandar-bandar lain, seperti bandar Indianapolis di Amerika Syarikat - di mana terdapat kira-kira 280 kereta di bawah perkhidmatan BlueIndy - dan London di mana ia mempunyai 100 kereta di bawah jenama BlueCity.



Pada Januari lalu, BlueSG mengumumkan ia sedang bekerjasama dengan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) untuk menguji kenderaan elektrik yang boleh dicas cepat dan boleh menampung 22 penumpang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >