Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Kerja bina Stesen MRT Stevens dan Mount Pleasant bermula

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kerja bina Stesen MRT Stevens dan Mount Pleasant bermula

Jan 24, 2015 | 07:35 PM

KERJA-KERJA bagi membina dua lagi stesen MRT laluan Thomson-East Coast bernilai $24 bilion telah pun bermula.

Dalam satu acara pembetonan tanah bagi stesen-stesen Stevens dan Mount Pleasant pagi tadi, Menteri Pengangkutan, Encik Lui Tuck Yew, berkata laluan baru itu akan menghubungkan para penduduk Moulmein dan Tanglin-Cairnhill ke pusat bandar dan mendekatkan penduduk dengan kemudahan-kemudahan awam seperti sekolah dan pejabat.

Di Stesen Stevens, terletak dekat simpang Bukit Timah, Dunearn, Whitley dan Stevens Roads, berhadapan Sekolah Perempuan Cina Singapura (SCGS), sebuah laluan bawah tanah sepanjang 60 meter menuju ke sekolah tersebut akan dibina di bawah terusan Bukit Timah Canal.

Laluan tersebut akan dibuka menjelang 2019, dua tahun sebelum stesen-stesen Stevens dan Mount Pleasant dibuka, bagi manfaat para pelajar dan kakitangan sekolah, kata Encik Lui.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3