Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH MENDAKI 2022

Kerja keras dalam sukan bawa ganjaran

Kecermelangan atlet pelajar turut dirai Mendaki
Oct 03, 2022 | 05:30 AM



MINAT Mohamad Afzal Mohamad Zin dalam acara balapan dan padang tertanam sejak dia kecil, hasil inspirasi daripada datuknya yang pernah berkecimpung dalam sukan itu.



Semasa di darjah empat, dia menyertai kegiatan kokurikulum (CCA) dalam sukan itu namun tidak begitu serius tentang sukan tersebut.



Bagaimnapun, semuanya berubah setelah dia memenangi tempat pertama dalam pertandingan balapan dan padang semasa satu acara hari sukan di sekolah.



Kemenangan itu menarik perhatian gurunya dan beliau meletak Afzal di bawah latihan berstruktur dengan harapan Afzal, yang kini berusia 17 tahun, dapat menjadi seorang atlit profesional kelak.



Di situlah Afzal mula bekerja keras supaya dapat mencapai cita-citanya menjadi seorang atlit yang dapat mengharumkan nama negara pada satu hari nanti.



Pada Mei lalu, beliau menggenggam pingat emas bagi acara lompat pagar 110 meter dalam kategori nasional di Kejohanan Balapan dan Padang Pertandingan Sekolah Nasional 2022.



Hasil usaha gigihnya itu, Afzal menerima Anugerah Pencapaian Khas bagi Kecemerlangan (Bukan Akademik) di majlis penyampaian Anugerah Mendaki 2022 semalam.



"Saya rasa amat berbesar hati menerima anugerah ini dan ini akan terus mendorong saya untuk bekerja lebih keras untuk mewakili negara di pentas antarabangsa," kata pelajar Sekolah Sukan Singapura itu.



Seramai 480 pelajar diiktiraf dalam majlis penyampaian Anugerah Mendaki 2022 yang diadakan kelmarin dan semalam di Pusat Kebudayaan Universiti.



Antara anugerah lain yang disampaikan ialah Anugerah Mendaki, Anugerah Gemilang Mendaki dan Anugerah Belia Cemerlang Mendaki.



Afzal menceritakan bahawa minatnya dalam acara balapan dan padang mula berputik setelah melihat gambar lama datuknya, Encik Mohamed Sofwan Beni, melakukan sukan itu.



"Atuk beritahu saya supaya meneruskan legasinya. Hingga hari ini, saya simpan janji itu. Beliau beri pesan kepada saya bahawa untuk menjadi seorang atlit berjaya, saya harus ada disiplin dan harus berdaya tahan. Ini dua nilai yang saya pegang teguh," katanya.



Afzal, bagaimanapun, berkata prestasinya sebagai atlit di peringkat sekolah menengah pada mulanya tidak berapa baik.



Namun dengan sokongan dan bimbingan jurulatih dan keluarga, dia berlatih dengan gigih agar bersedia memberikan prestasi terbaik dalam pertandingan. Hasilnya, dia menggenggam pingat emas di Kejohanan Balapan dan Padang Pertandingan Sekolah Nasional 2022 selepas dua tahun berlatih.



Namun, perjalanannya itu tidak mudah. Misalnya, apabila Singapura memasuki fasa pemutus litar jangkitan Covid-19 dari April hingga Jun 2020, Afzal tidak dapat ke sekolah untuk menjalani latihan seperti biasa.



"Saya tidak dapat ke sekolah dan tidak ada pagar bagi saya latih berlompat. Tetapi saya tetap mahu berlatih dan apa yang saya lakukan ialah menggunakan apa saja yang ada, seperti kerusi panjang bawah blok untuk berlatih lompat pagar," katanya.



Kini, Afzal sedang menjalani latihan bagi mewakili Singapura dalam Kejohanan Olahraga Belia Asia di Korea Selatan tahun depan.



"Saya mahu tepati janji kepada atuk saya bahawa saya akan jadi seorang atlit yang berjaya satu hari nanti.



"Saya bukan menyasar mendapat pingat sahaja, malah membina nilai-nilai penting yang dimiliki seorang atlit bermutu," ujarnya, yang mahu melanjutkan pengajian dalam jurusan pengurusan sukan kelak.




"Saya rasa amat berbesar hati menerima anugerah ini dan ini akan terus mendorong saya untuk bekerja lebih keras untuk mewakili negara di pentas antarabangsa."



- Mohamad Afzal Mohamad Zin, penerima Anugerah Pencapaian Khas bagi Kecemerlangan (Bukan Akademik) di majlis penyampaian Anugerah Mendaki 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >