Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Kerja pembaharuan besar-besaran bernilai $344 juta bagi LRT Bukit Panjang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kerja pembaharuan besar-besaran bernilai $344 juta bagi LRT Bukit Panjang

Mar 07, 2018 | 02:09 PM

PENUMPANG yang menggunakan khidmat LRT Bukit Panjang (BPLRT) boleh menjangkakan perjalanan yang lebih lancar menjelang 2022 apabila sebahagian besar kerja membaik pulih laluan bermasalah itu diselesaikan.

Pemerintah memberi perincian mengenai projek pembaharuan bernilai $344 juta untuk sistem yang kini berusia 19 tahun itu di Parlimen hari ini.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah memberi kontrak pembaharuan sistem itu kepada pengeluar peralatan asal (OEM), Bombardier (Singapore).

“BPLRT... kini menjangkau akhir hayat penggunaanya,” kata Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan ketika berucap di perbahasan Belanjawan bagi Kementerian Pengangkutan (MOT).

Sejak dibuka pada 1999, 14 stesen di sepanjang laluan BPLRT sepanjang 7.8 kilometer itu telah mengalami beberapa masalah yang dikatakan berlaku akibat reka bentuk laluan itu. 
 
Projek pembaharuan yang bakal bermula pada separuh pertama tahun ini, akan merangkumi peningkatan sistem isyarat sedia ada di mana ia akan digantikan dengan Sistem Kawalan Tren Berdasarkan Komunikasi (CBTC) yang dapat mengawal kelajuan kereta api dengan lebih baik.
 
Sistem baru ini juga mempunyai lebih banyak sambungan - yang bermaksud bahawa sekiranya berlaku masalah, sistem itu mempunyai sistem sambungan lain untuk memastikan kereta api akan terus berjalan.

Kesemua 19 gerabak kereta api yang telah berkhidmat sejak BPLRT dilancarkan juga akan digantikan dengan yang baru dan akan mempunyai motor penggerak yang lebih baik, di samping lampu LED yang mesra alam dan sistem penghawa dingin yang lebih baik. 
 
13 gerebak kereta api, yang telah berkhidmat sejak 2015, juga akan ditingkatkan.
 
Sistem isyarat baru dan kereta api baru ini akan dilancarkan sepenuhnya pada 2022, sementara kerja peningkatan lain seperti penggantian rel kuasa dan membuka litar landasan isyarat (signalling track circuit) akan diteruskan, dengan kerja akhir dijangka selesai menjelang 2024.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3