Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja Terminal 5 Lapangan Terbang Changi akan dimulakan semula

May 18, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA akan memulakan semula kerja-kerja pembinaan Terminal 5 (T5) Lapangan Terbang Changi selepas tertunda selama dua tahun.



Pembinaan itu akan membangunkan keupayaan masa depan sedang industri penerbangan pulih lebih cepat daripada jangkaan daripada pandemik Covid-19.



Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran berkata pemerintah kini bersedia meneruskan rancangannya untuk terminal mega itu setelah perangkaan dan ramalan buat masa ini mencerminkan keadaan yang lebih baik.



Bergantung kepada rentak pemulihan, pembinaan T5 dijangkakan dalam masa dua hingga tahun mendatang, agar ia bersedia memenuhi permintaan pada pertengahan 2030an, jelas Encik Iswaran semasa Sidang Puncak Penerbangan Changi yang julung kali diadakan semalam.



Persidangan dua hari yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands itu menghimpunkan lebih 300 ketua industri penerbangan untuk membincangkan masa depan sektor itu.



Antaranya ialah ketua pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, Encik Willie Walsh dan presiden majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Encik Salvatore Sciacchitano.



Kerja pembinaan T5 telah ditangguhkan pada Mei 2020 apabila pemerintah berkata ia akan menumpukan pada cabaran Covid-19 terlebih dahulu dan menunggu untuk memahami corak perjalanan pasca-pandemik dengan lebih baik sebelum menyambung semula projek itu.



"Memandangkan pemulihan permintaan perjalanan udara sekarang dan yang dijangkakan, kita mempunyai dorongan diperbarui untuk menjamin keupayaan prasarana kita bagi pertumbuhan," kata Encik Iswaran.



"Kami telah mengambil peluang daripada tempoh dua tahun itu untuk menyemak semula dengan menyeluruh, rekaan T5 agar ia lebih modular dan fleksibel dan merangsang daya ketahanan dan kemampanannya...Bergantung kepada rentak pemulihan, kami menjangka memulakan pembinaan T5 dalam masa dua hingga tiga tahun mendatang, agar ia bersedia memenuhi permintaan pada pertengahan 2030an," ujar beliau.



Pemulihan perjalanan udara antarabangsa pada suku pertama tahun ini menggalakkan, walaupun permintaan penumpang antarabangsa rantau ini bagi tempoh Mac hanyalah sekitar 17 peratus daripada tahap pra-Covid-19.



China, Hong Kong dan Jepun adalah satu-satunya pasaran utama yang masih ditutup di Asia-Pasifik.



Encik Walsh meramalkan perjalanan udara antarabangsa akan pulih ke tahap pra-Covid-19 menjelang 2023, satu tahun lebih awal daripada jangkaan.



Jumlah penumpang di Lapangan Terbang Changi melebihi 40 peratus daripada kadar sebelum pandemik bulan lalu, hampir mencapai sasaran pemerintah sebanyak 50 peratus menjelang akhir tahun ini.



Encik Iswaran berkata pemulihan di Asia Pasifik dijangka lebih cergas dalam beberapa bulan akan datang, dan lapangan terbang lain juga berkemungkinan semakin berkembang.



"Banyak lapangan terbang telah melaksanakan rancangan peluasan pembesaran sebelum wabak," ujar Encik Iswaran.



"Pelan-pelan ini kini perlu dikaji semula untuk menyokong dengan selamat, lancar dan mampan kadar pertumbuhan perjalanan udara sebelum pandemik."



Lapangan terbang baru di Asia Tenggara yang dirancang sebelum wabak itu termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh baru di Kemboja dan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta II di Indonesia.



T5 dijangka mengendalikan sehingga 50 juta penumpang setahun pada fasa awalnya, dan meliputi kawasan sebesar kira-kira 667 padang bola sepak. Ia tidak jelas sama ada matlamat itu telah berubah.




“Kami telah mengambil peluang daripada tempoh dua tahun itu untuk menyemak semula dengan menyeluruh, rekaan T5 agar ia lebih modular dan fleksibel dan merangsang daya ketahanan dan kemampanannya...Bergantung kepada rentak pemulihan, kami menjangka memulakan pembinaan T5 dalam masa dua hingga tiga tahun mendatang, agar ia bersedia memenuhi permintaan pada pertengahan 2030an.”
- Menteri Pengangkutan Encik S Iswaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >