SEMANGAT tidak mahu kalah seorang guru Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik serta kerjasama sekumpulan ibu bapa yang mahu melihat anak mereka mencapai impian menjadi juara akhirnya membuahkan hasil apabila sekolah mereka, Sekolah Rendah South View, muncul juara pertandingan bola sepak peringkat umur sekolah nasional baru-baru ini.
Kejayaan itu menjadi lebih manis kerana penantian menjadi juara nasional selama lebih 23 tahun itu dicapai tanpa bantuan jurulatih 'import' atau profesional, sebaliknya menerusi usaha gigih beberapa guru lain dan ibu bapa yang turut datang membantu dan memberi sokongan.