Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama SG-India di bawah Ceca, perjanjian dagangan bebas akan dibahas di Parlimen

Jul 02, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Kesihatan Ong Ye Kung dan Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng, yang juga Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, akan menyampaikan Kenyataan Menteri di Parlimen minggu depan, untuk menjawab soalan mengenai Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (Ceca) India-Singapura.



Encik Ong berkata ada keprihatinan warga Singapura yang harus ditangani berlatar sentimen antiimigran dari India yang terselindung sejak dua tahun lalu.



Beliau memberi contoh dua insiden di mana dua individu dari kaum India diserang secara lisan dan fizikal di sini, dan menambah insiden itu tidak menunjukkan sifat warga Singapura yang sebenar.



Menurut Encik Ong, rasa kurang senang hati ini juga ditambah oleh dakwaan palsu oleh Parti Kemajuan Singapura (PSP) iaitu Ceca telah memberikan kebenaran bagi pekerja golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) dari India untuk bekerja di Singapura secara bebas.



Kenyataan Menteri yang bakal disampaikan oleh beliau dan Dr Tan, katanya, antara lain akan menerangkan peri penting perjanjian perdagangan bebas (FTA) bagi Singapura dan bagaimana ia dilaksana.



"Kami juga akan menangani, secara khusus, dakwaan palsu FTA membenarkan karyawan asing kebebasan untuk bekerja dan tinggal di Singapura.



"Kami akan membuka Kenyataan Menteri masing-masing untuk diperbahaskan. Ini akan membenarkan anggota PSP untuk memberi respons kepada kenyataan-kenyataan itu jika mereka mahu," kata Encik Ong, yang berkata beliau turut menyampaikan kenyataan sebagai bekas perunding perdagangan.



Encik Ong pernah berkhidmat di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) sebagai Pengarah Perdagangan dan juga berperanan sebagai Timbalan Ketua Perunding bagi Perjanjian Perdagangan Bebas Singapura-Amerika Syarikat yang dimeterai pada 2003.



Mei lalu, seorang wanita India warga Singapura berusia 55 tahun ditendang di dada dan dilontar dengan kata-kata berbaur perkauman oleh seorang lelaki yang mendakwanya tidak memakai pelitup dengan betul. Lelaki itu telah ditangkap polis.



Ini menyusuli insiden serupa pada bulan yang sama, di mana seorang lelaki dirakam di kamera mengherdik sebuah keluarga ekspatriat dari India dan menuduh mereka menyebar Covid-19.



Menyusuli insiden-insiden itu, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shanmugam menggesa PSP untuk memfailkan usulan di Parlimen mengenai FTA dan Ceca supaya perkara itu boleh diperbahaskan sewajarnya dan pertaruhannya bagi Singapura, kata Encik Ong, selain memperjelas kenyataan tidak benar mengenai Ceca.



Menulis di Facebook semalam, Encik Ong berkata pihaknya telah menerima banyak soalan Parlimen bagi perkara tersebut, termasuk dari PSP.



Minggu lalu, Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) dan anggota PSP, Encik Leong Mun Wai, berkata parti tersebut telah menerima cabaran untuk memperbahaskan dasar pekerjaan dan Ceca di Parlimen.



Encik Leong berkata parti pembangkang itu akan mendapatkan maklumat lanjut dari pemerintah di sidang bulan ini untuk membuat persiapan sebelum memutuskan bila untuk membuat usulan bagi memulakan perbahasan itu.



Ceca ialah FTA antara Singapura dengan India yang dimeterai pada 2005 dan pada ketika itu dikatakan sebagai perjanjian bersejarah yang meningkatkan kerjasama dua hala antara kededua negara.



Namun ia didakwa beberapa pihak sebagai membuka laluan bagi warga India mencuri kerja daripada warga Singapura, satu isu yang ditimbulkan PSP berulang kali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >