Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama strategik dijalin galak guna kenderaan elektrik

Feb 16, 2021 | 05:30 AM



SATU kerjasama strategik telah dijalin oleh OCBC dengan syarikat huraian kenderaan elektrik setempat, Charge+, untuk menggalak penggunaan kenderaan elektrik secara meluas di Singapura.



Kerjasama itu bertujuan "mempercepatkan" usaha menjadikan sektor kenderaan darat di Singapura lebih mesra alam, kata kedua-dua pihak itu dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan bersama semalam.



Di bawah memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan Charge+, bank tersebut ingin menggalak pelanggan mereka daripada kalangan pemaju dan juga pemilik hartanah agar memasang tempat mengecas di kawasan mereka, menurut laporan akhbar The Business Times.



OCBC akan melaksanakan huraian bagi pembayaran digital untuk tempat mengecas Charge+, serta meneliti pembiayaan infrastruktur.



Kedua-dua pihak itu juga merancang membangunkan beberapa insentif bagi menggalak pelanggan OCBC membeli kenderaan elektrik dan mengecasnya di tempat yang disediakan Charge+.



Charge+ berkhidmat di pelbagai segmen hartanah terdiri daripada bangunan kediaman, komersial dan industrial.



Pengendali dan pembekal huraian mengecas untuk kenderaan elektrik itu berhasrat memasang 10,000 tempat mengecas kenderaan elektrik di seluruh negara menjelang 2030.



Ini sejajar dengan sasaran baru pemerintah untuk menyediakan 60,000 tempat mengecas sebagai salah satu rancangan Pelan Hijau Singapura 2030, yang dilancarkan minggu lalu.



Pada Jun tahun lalu, OCBC mengumumkan bahawa ia menyasarkan meluaskan portfolio kewangan mampannya kepada $25 bilion menjelang 2025.



Pengangkutan mesra alam merupakan salah satu sektor yang diketengahkan bank itu untuk kepentingan strategik, memandangkan ia mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi bagi pembiayaan mampan.



Cik Elaine Lam, ketua perbankan korporat sedunia di OCBC, berkata kerjasama baru itu menandakan usaha bank itu menawarkan huraian di luar perbankan menerusi perkongsian dan mewujudkan idea inovatif bersama pelanggan korporat.



"Bagi meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik, sokongan infrastruktur mengecas harus ditempatkan dan Charge+ telah mengisi ruang ini. Sekadar mengadakan tempat mengecas sahaja tidak mencukupi. Penerimaan masyarakat juga perlu ada untuk membolehkan sistem pengangkutan menggunakan tenaga mesra alam. Oleh itu, OCBC boleh memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan kewangan yang bermakna dalam ekosistem kenderaan elektrik," kata Cik Lam.



"Kami sangat gembira menyokong visi meluas ini dalam membawa pihak lain ke dalam ekosistem ini, termasuk pemaju dan pemilik hartanah, pengedar dan pengeluar kenderaan elektrik, dan juga syarikat utiliti," tambahnya.



Dalam pada itu, satu lagi bank setempat, DBS Bank, telah melancarkan pinjaman kereta hijau pertama di Singapura, yang dinamakan Pinjaman Kenderaan Hijau DBS, bagi menggalak pemilik kereta di Singapura mengurangkan pengeluaran karbon, sejajar dengan inisiatif yang diumumkan pemerintah pada 2020 dalam menyokong sasaran yang akan menggantikan kenderaan Enjin Pembakaran Dalaman atau Internal Combustion Engine menjelang 2040.



Ia akan memberi pinjaman kereta pada kadar 1.68 peratus setahun kepada semua pelanggan yang membeli kenderaan elektrik dan hibrid yang baru dan terpakai, dan akan diadakan mula 1 Mac 2021.



Kadar ini juga merupakan yang terendah ditawarkan dalam industri.



Encik Jeremy Soo, Ketua Kumpulan Perbankan Pengguna (Singapura) DBS berkata:



"Terdapat sebanyak 43,000 kereta jenis elektrik dan hibrid yang berdaftar di Singapura hari ini dan ini merangkumi hanya 6.8 peratus jumlah kenderaan di sini. Terdapat banyak ruang untuk pertumbuhan dan kami berharap dengan memperkenalkan pinjaman kenderaan hijau pertama di Singapura, ia akan mengurangkan masalah di mana orang ramai tidak mampu memiliki kenderaan jenis ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >