SEBUAH pesawat Singapore Airlines (SIA) yang terpaksa kembali ke Singapura disebabkan kerosakan enjin, mengalami kebakaran sejurus selepas ia mendarat di Lapangan Terbang Changi awal pagi semalam.
Pesawat SQ368 yang membawa 222 penumpang dan 19 anak kapal itu berlepas dari Terminal 3 Lapangan Terbang Changi menuju ke Milan, Italy, pada sekitar 2.05 pagi.