Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kertas putih garis 25 pelan tindakan perkasa wanita SG

Tingkat kesaksamaan di tempat kerja, beku sel telur antara perubahan bantu penuhi aspirasi
Mar 29, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH membentangkan satu Kertas Putih bagi pembangunan wanita dalam usaha meningkatkan kesaksamaan antara lelaki dengan wanita di tempat kerja, melindungi mereka dari keganasan dan membantu mereka yang memikul tanggungjawab penjagaan.



Ia merupakan antara lima bidang tumpuan dalam pelan tindakan 10 tahun disertakan dalam Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura bagi menangani keprihatinan golongan tersebut serta memenuhi aspirasi mereka.



Antara pengumuman utama ialah usulan agar wanita berusia 21 tahun hingga 35 tahun dibenarkan membekukan sel telur, tidak kira status perkahwinan mereka.



Mangsa diskriminasi di tempat kerja yang tampil membuat aduan akan lebih dilindungi di bawah undang-undang baru yang digubal berdasarkan Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil (TGFEP).



Undang-undang itu akan memastikan identiti pekerja yang membuat aduan sebagai mangsa mahupun saksi, dirahsiakan supaya mereka tidak akan mengalami sebarang tindak balas negatif.



Dalam usaha mewujudkan budaya tempat kerja lebih sihat, permintaan aturan kerja fleksibel (FWA) akan dipermudah bagi membuka peluang wanita, terutama sekali yang memikul tanggungjawab penjagaan, menyertai tenaga kerja Singapura.



Langkah-langkah itu antara 25 pelan tindakan dalam Kertas Putih hasil daripada Perbincangan Mengenai Pembangunan Wanita yang diadakan sepanjang tahun lalu, melibatkan lebih 160 perbincangan dan hampir 6,000 peserta.



Menyentuh tentang pelan itu, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, yang juga Pengerusi Sayap Wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP), berkata Kertas Putih itu bertujuan mengukuhkan kedudukan wanita dalam masyarakat.



"Ia merupakan pelan tindakan menyeluruh sebagai respons kepada keprihatinan dan aspirasi yang dikemukakan melalui perbincangan yang berlangsung sepanjang tahun lalu. Ia juga pelan tindakan yang bakal membantu wanita menjangkau lebih jauh dalam semua aspek kehidupan mereka," ujarnya dalam satu sidang akhbar berkaitan pembentangan Kertas Putih baru-baru ini.



Meskipun wanita Singapura mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan sejauh ini, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata masih ada lagi pemikiran kurang progresif di kalangan anggota masyarakat yang menjadi hambatan bagi wanita.



"Visi masyarakat yang lebih adil dan inklusif tidak dapat dicapai hanya melalui perundangan dan dasar.



"Kita semua perlu memainkan peranan, termasuk kaum Adam. Ini boleh dilakukan dengan bersuara apabila kita melihat tingkah laku terhadap wanita yang tidak sesuai, berkongsi tanggungjawab di rumah dan menggalakkan anak-anak kita mengejar kerjaya berdasarkan minat dan kekuatan sendiri tanpa disekat oleh stereotaip jantina," katanya dalam catatan di Facebook.



Bagi menyokong tanggungjawab berat yang dipikul wanita sebagai penjaga, Geran Penjagaan di Rumah ditingkatkan dari $200 kepada hingga $400 sebulan.



Keselamatan dan kesejahteraan golongan wanita juga menjadi salah satu tumpuan pelan tindakan yang dilakar, antaranya melalui pindaan terhadap rangka kerja hukuman bagi kesalahan seksual dan kecederaan.



LAPORAN SELANJUTNYA: Kertas Putih Mengenai Pembangunan Wanita SG




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >