Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keruntuhan FTX kukuh pendirian S'pura terhadap spekulasi kripto: DPM Wong

Nov 18, 2022 | 05:30 AM



KERUNTUHAN bursa mata wang kripto FTX hanya mengukuhkan pendirian Singapura terhadap spekulasi dan dagangan kripto.



Ini walaupun ia terus menyaksikan potensi besar dalam inovasi aset digital, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semalam.



Bercakap pada hari terakhir Forum Ekonomi Baru Bloomberg yang berlangsung di hotel Capella Singapore, beliau berkata:



"Kami terbuka kepada inovasi digital dan inovasi aset digital, tetapi kami sama sekali tidak terbuka kepada spekulasi kripto."



Encik Wong menambah, kejadian terbaru ini hanya mengukuhkan pandangan pemerintah bahawa ia berada di landasan yang betul untuk menumpukan perhatian kepada inovasi aset digital.



Singapura, katanya lagi, berhasrat terus meneroka peraturan kawal selia yang lebih ketat melibatkan dagangan kripto dan akses pelabur runcit kepada mata wang kripto.



"Kami telah menyediakan kertas perundingan dan akan mengkaji semula peraturan yang perlu," kata beliau.



Dalam forum itu, Encik Wong turut ditanya mengenai pelbagai isu, termasuk hubungan Amerika Syarikat dan China serta isu ketidaksamaan di Singapura.



Walaupun mesyuarat penting antara Presiden Amerika, Encik Joe Biden, dan pemimpin China, Encik Xi Jinping, adalah suatu yang "penting dan konstruktif", dunia masih berisiko hadapi lebih konflik kerana perbezaan asas antara kedua-duanya masih kekal, terang beliau.



"Ini hanya permulaan perjalanan yang panjang dan sukar, jadi kita tidak perlu mempunyai apa-apa ilusi bahawa mesyuarat ini akan mengubah keadaan dalam sekelip mata.



"Ini kerana terdapatnya syak wasangka yang mendalam dan rasa tidak percaya yang terpahat sejak bertahun-tahun," ujarnya.



Ditanya sama ada langkah Encik Biden baru-baru ini untuk mengawal eksport cip teknologi Amerika ke China akan dilihat sebagai terlalu agresif ke Beijing, Encik Wong menjawab bahawa walaupun terdapat kebimbangan yang wajar terhadap daya tahan rantaian bekalan, terdapat risiko ia telah melebihi batas dan ini akan mempunyai kesan yang meluas.



"Jika terdapat kebergantungan kritikal dalam bidang-bidang penting, dan terdapat keperluan untuk lebih banyak kepelbagaian, itu adalah yang baik.



"Kami semua akan menyokong tetapi kepelbagaian tidak boleh wujud secara terasing.



"Jika kepelbagaian menjadi terasing, dan anda mempunyai rantaian bekalan yang berasingan, teknologi yang berbeza, kumpulan yang tidak boleh berinteraksi antara satu sama lain, negara-negara perlu memilih pihak dan tiada siapa yang mahu berada dalam kedudukan itu," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >