Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes aniaya bayi hingga mati: Lelaki dituduh gagal beri lindungan

Feb 07, 2023 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang didakwa menganiaya seorang bayi berusia dua bulan, sebelum dia ditemui dengan patah tengkorak dan meninggal dunia, dikenakan tuduhan tambahan semalam.



Kini, dia dituduh gagal untuk melindungi bayi itu.



Perintah nama dirahsiakan, juga ditarik balik berikutan kematian Zabelle Peh Yu Xuan.



Peh Wei Jian, 31 tahun dituduh menganiaya bayi itu - satu kesalahan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.



Dia juga didakwa menyebabkan atau membenarkan kematian kanak-kanak berumur bawah 14 tahun dalam keluarga yang sama dengan dirinya.



Peh didakwa menampar Zabelle di sebuah flat di Blok 363C Sembawang Crescent kira-kira jam 1.30 pagi pada 5 Januari lalu.



Pada 2018, Peh berkahwin dengan Sim Liang Xiu, yang dituduh membunuh bayi itu pada 8 Januari.



Sim, 29 tahun, pada mulanya dituduh menyebabkan kecederaan teruk kepada Zabelle dengan menghempaskannya ke atas katil.



Ia telah menyebabkan keretakan pada tengkorak mangsa, di sebuah unit lain di blok flat yang sama antara 9 malam dan 10 malam hari itu.



Tuduhan serangan ini dinaik taraf kepada tuduhan membunuh pada Jumaat lalu, berikutan kematian bayi itu.



Menurut dokumen mahkamah, Peh dan Sim adalah ahli keluarga yang sama dan sering berhubung dengan Zabelle.



Tuduhan terbaru Peh menyatakan bahawa dia sepatutnya sedar tentang sifat dan intensiti tindakan Sim yang didakwa mendera bayi itu sebelum ini.



Butiran mengenai dakwaan tindakan penderaan terdahulu ini tidak didedahkan.



Peh didakwa gagal mengambil langkah untuk melindungi bayi itu pada 8 Januari lalu.



Dokumen mahkamah tidak mendedahkan bila bayi itu meninggal dunia. Mereka juga tidak menyatakan bagaimana hubungan pasangan itu dengan bayi itu.



Peh yang berhasrat untuk mendapatkan peguam akan direman di Polis Divisyen Central.



Kesnya akan disebut semula pada Isnin depan.



Jika disabitkan kesalahan mendera bayi - jenayah di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda - pesalah boleh dipenjara sehingga lapan tahun dan denda sehingga $8,000.



Mereka yang didapati bersalah menyebabkan atau membenarkan kematian kanak-kanak berumur bawah 14 tahun dalam rumah yang sama dengan mereka, boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda atau rotan.



Sim telah direman di Polis Divisyen Central, dan kesnya telah ditangguhkan ke 10 Februari.



Pesalah yang disabitkan kesalahan membunuh boleh menghadapi hukuman mati atau dipenjarakan seumur hidup serta sebatan. Namun, wanita tidak boleh disebat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >