Kes baru denggi meningkat dua minggu berturut-turut
Jun 29, 2016 | 05:30 AM
JUMLAH kes denggi yang dilaporkan minggu lalu bertambah kepada 215, dua minggu berturut-turut angka itu meningkat.
Ia 22 kes lebih banyak daripada pada minggu sebelum itu, menurut angka terkini di laman web denggi Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).