Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Kes bunuh Beach Road: Lelaki direman bagi pemerhatian psikiatri

Dec 10, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pengarah firma pengubahsuaian yang melarikan diri dari Singapura selepas disyaki membunuh rakan perniagaannya akan direman di Pusat Perubatan Changi untuk pemerhatian psikiatri.



Caleb Joshua Chai Shanmugam, 50 tahun, dituduh membunuh Cik Ang Qi Ying, 27 tahun, di sebuah unit aras bawah di Blok 2 Beach Road kira-kira 7 malam pada 9 November.



Cik Ang dilaporkan hilang pada 9 November, menyebabkan rayuan daripada rakan dan keluarganya untuk mendapatkan maklumat mengenai keberadaannya.



Mayatnya ditemui di unit itu pada 13 November, empat hari selepas didakwa melakukan pembunuhan itu.



Semalam, pendakwa polis berkata Chai tidak lagi diperlukan untuk membantu siasatan polis.



Semasa di mahkamah, Hakim Daerah Eugene Teo membenarkan permintaan daripada Chai untuk bercakap dengan isterinya.



Pihak pendakwaan tidak membantah.



Chai dan Cik Ang adalah pengarah bersama firma pengubahsuaian Smart Click Services.



Mesej terakhir Cik Ang adalah kepada ibunya pada 9 November, mengatakan beliau tidak akan pulang ke rumah.



Selepas didakwa membunuh Cik Ang, Chai berlepas ke Malaysia pada 10 November lalu.



Dengan bantuan Polis Diraja Malaysia, Chai ditangkap di Johor Bahru pada 16 November dan diserahkan kepada polis Singapura.



Chai diwakili peguam Suang Wijaya dan Sophia Ng dari firma guaman Eugene Thuraisingam.



Dia dijangka kembali ke mahkamah pada 30 Disember ini.



Pesalah yang disabitkan kesalahan membunuh berdepan hukuman mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >