Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes bunuh Circuit Road: Tertuduh cuba perkosa mayat jururawat

Sep 18, 2019 | 09:46 PM



SEORANG lelaki warga Malaysia yang  dituduh membunuh seorang jururawat berkata dia telah cuba bersetubuh dengan mayat mangsa.



Memberikan keterangan di mahkamah semasa hari perbicaraannya yang pertama, Boh Soon Ho, 51 tahun berkata  “oleh kerana dia sudah mati, dan saya tidak pernah melihat dia bogel, saya terus membuka pakaiannya.”



Boh, seorang pekerja kafeteria didakwa mecekik seorang wanita warga China bernama Zhang Huaxian hingga mati dengan menggunanakan tuala pada 21 March 2016 di bilik sewanya di Circuit Road. Jika disabit salah, dia boleh dihukum mati. 



Timbalan Pendakwa Raya Encik Wong Kok Weng dalam hujahnya berkata kes pembunuhan itu adalah akibat “cemburu, rasa marah dan nafsu yang tidak dicapai.”



Menurut Encik Wong, Boh menganggap Cik Zhang sebagai kekasihnya kerana mereka sering bersama. Mereka bertemu kira-kira pada tahun 2011 atau 2012 di mana Cik Zhang bekerja di kafeteria Marina Bay Sands pada masa yang sama menjalani kursus kejururawatan.



Beberapa hari sebelum Cik Zhang dibunuh, Boh ternampak wanita itu menaiki taksi bersama seorang lelaki dan kejadian itu menyebabkan Boh cemburu.



Oleh itu, Boh merancangkan jamuan malam bersama cik Zhang pada March 21 di mana Boh cuba mempelawanya mengadakan hubungan seks dengannya.



Setelah beberapa kali menolak permintaan Boh, Cik Zhang mulai mengelakkan diri dari Boh dan beberapa minit kemudian, Boh memaksa wanita itu ke dalam bilik lalu bertanya tentang lelaki yang bersama wanita itu beberapa hari yang lalu.



Cik Zhang menjelaskan bahawa beliau telah menemuinya sebanyak empat atau lima kali dan menambah bahawa beliau juga masih berhubung dengan teman lelakinya di China.



Disebabkan itu, Boh tidak dapat mengawal kemarahannya, lalu menggunakan tuala mandi dan mencekiknya selama dua minit hingga cik Zhang tidak sedarkan diri.



Tambahan pula, Boh mengambil kesempatan itu untuk membuka pakaiannya dan cuba bersetubuh dengan mayatnya, tetapi dia tidak dapat melakukan perbuatan itu. Boh langsung melarikan diri ke rumah adiknya di Melaka pada keesokan harinya.



Perbicaraan diteruskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >