Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes bunuh Orchard Towers: Wanita tuntut perbicaraan atas satu tuduhan

Nov 29, 2019 | 05:13 PM



WANITA yang terlibat dalam kes pembunuhan di Orchard Towers, Natalie Siow Yu Zhen, memberitahu mahkamah pada Khamis, 27 Nov bahawa dia mahu menuntut perbicaraan terhadap satu dari tiga tuduhan yang dikenakan ke atasnya.



Siow, 23 tahun, merupakan salah seorang daripada tujuh orang yang pada asalnya dituduh membunuh Encik Satheesh Noel Gobidass, 31 tahun, pada 2 Julai 2019.



Enam tertuduh lain ialah Tan Hong Sheng, 22 tahun; Loo Boon Chong, 25 tahun; Tan Sen Yang, 28 tahun; serta Joel Tan Yun Sheng, Chan Jia Xing and Ang Da Yuan, kesemuanya 26 tahun.



Bulan lalu, tuduhan membunuh itu dikurangkan bagi Siow, yang kini menghadapi tuduhan serangan.



Dia kemudian diberikan dua tuduhan lain - bergaul dengan seseorang yang mempunyai senjata yang boleh digunakan untuk menyerang dan berkelakuan dengan cara yang tidak senonoh.



Akhbar The New Paper melaporkan bahawa Siow memberitahu mahkamah dia mahu tuntut perbicaraan terhadap tuduhan bergaul dengan Tan Sen Yang, yang dikatakan memiliki pisau kerambit.



Kesnya ditangguh bagi persidangan sebelum perbicaraan pada 6 Januari 2020.



Jika disabit kesalahan, Siow boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >