Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes Covid-19: 5 kes masyarakat, terendah sejak 5 Mei

Jun 08, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT lima kes Covid-19 dalam masyarakat antara 14 kes baru di Singapura yang dilaporkan sehingga tengah hari semalam.



Ini merupakan jumlah kes paling rendah di dalam masyarakat sejak 10 Mei. Kesemua lima kes tersebut mempunyai kaitan dengan kes sebelumnya dan sudahpun diletakkan di bawah kuarantin.



Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan (MOH) turut mengesahkan sembilan kes diimport dengan lima daripada mereka merupakan warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang ke sini.



Mereka sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura, kata kementerian itu.



Dalam pada itu, tiada kes dormitori baru dikenal pasti.



Jumlah kes Covid-19 terkini membawa jumlah jangkitan keseluruhan di Singapura kepada 62,210.



Kelmarin, MOH mengesahkan 20 kes Covid-19 baru, dengan enam kes merupakan dalam masyarakat sementara 14 adalah kes diimport.



Satu-satunya kes masyarakat tanpa kaitan yang diumumkan kelmarin merupakan seorang pelajar Sekolah Perempuan Methodist Paya Lebar di Hougang.



Beliau menghidap anosmia - atau hilangnya deria bau - pada 29 Mei tetapi tidak mendapatkan rawatan sehingga Jumaat lalu.



Keputusan ujiannya kembali positif pada Sabtu lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >