Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes Covid-19 bertambah, MOH gesa orang awam terus waspada

Dec 02, 2023 | 08:26 PM



Kementerian Kesihatan (MOH) menasihatkan orang ramai supaya kekal berwaspada memandangkan bilangan kes Covid-19 tempatan telah naik seganda, berlatar jangkitan penyakit pernafasan bertambah di negara-negara iklim sederhana.

Pada minggu 19 hingga 25 November, jumlah kes jangkitan Covid-19 dianggarkan naik seganda daripada 10,726 kes pada minggu sebelumnya kepada 22,094 kes, kata MOH pada 2 Disember.

Ia menambah, bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital dan unit jagaan rapi kerana Covid-19 kekal stabil.

Sehingga 27 November varian virus EG.5 dan varian keturunannya HK.3 adalah subvarian yang paling sering ditemui di sini, menjejas lebih 70 kes tersebut.

Jumlah kes bertambah itu boleh dikaitkan kepada pelbagai sebab, kata MOH, termasuk musim pelancongan hujung tahun dan daya keimunan penduduk yang semakin berkurang.

“Buat masa ini, tiada tanda subvarian yang meluas itu lebih mudah berjangkit atau menyebabkan penyakit lebih teruk berbanding varian lain yang sedang menular,” kata MOH.

Dalam pada itu, sementara negara-negara di rantau beriklim sederhana mengalami kes penyakit pernafasan yang bertambah, MOH berkata secara keseluruhan, kes-kes melibatkan penyakit pernafasan di Singapura kekal stabil.

Di sini, tiada tanda bahawa penyakit pernafasan teruk, termasuk kes melibatkan golongan kanak-kanak telah meningkat, kata MOH.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kes bertambah virus pernafasan termasuk influenza dan virus sinsitium pernafasan (RSV), di rantau utara, kata MOH.

Ia menambah, beberapa negara iklim sederhana telah melaporkan atau sedang menjangkakan kenaikan bilangan kes penyakit pernafasan semasa bulan-bulan musim sejuk ini.

Di China, terdapat kenaikan kes pernafasan dalam kalangan kanak-kanak dan orang muda.

Negara itu pada 24 November, menggesa agar rakat berwaspada memandangkan terdapat lonjakan jangkitan di sekolah dan hospital, besar kemungkinan akibat penularan virus pernafasan.

Menurut WHO, patogen sedemikian bukan perkara luar biasa dan termasuk influenza, RSV, mycoplasma pneumoniae serta adenovirus.

Badan kesihatan sedunia itu juga memaklumkan trend yang semakin naik itu bukan di luar jangkaan atas sebab musim salji.

MOH menasihatkan supaya orang awam mendapatkan vaksin Covid-19 terkini.

“Satu dos tambahan selepas sekitar setahun dos terakhir vaksin mereka disarankan bagi mereka berusia 60 tahun dan ke atas, individu yang lebih lemah dari segi perbuatan, dan warga emas yang menjadi menghuni pusat penjagaan,” kata MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >