Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes Covid-19 di Mandarin Orchard: Sejauh ini hotel tidak langgar peraturan, kata Lawrence Wong

Dec 22, 2020 | 10:21 PM



TIADA pelanggaran peraturan ditemui di Hotel Mandarin Orchard Singapore sejauh ini, di mana beberapa kes Covid-19 yang menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) disyaki mempunyai kaitan, kata Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong, pada Selasa (22 Dis).



Namun "apa yang terjadi di Mandarin Orchard merupakan satu lagi peringatan bahawa keadaan boleh menimbulkan masalah," kata Encik Wong yang memimpin bersama pasukan berbilang kementerian dalam mencegah wabak koronavirus di sini.



Sabtu lalu, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata ia sedang menyiasat 13 kes koronavirus antara individu yang telah menjalani SHN di hotel berkenaan, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Kes-kes tersebut, yang dilaporkan datang dari 10 negara, telah dijangkiti oleh jenis koronavirus yang mempunyai "kesamaan genetik yang tinggi."



Ini bermakna jangkitan mereka berpunca daripada satu sumber, lapor ST.



MOH juga telah menguji 571 kakitangan Mandarin Orchard dan kesemua keputusan ujian reaksi rangkaian polimerase (PCR) mereka didapati negatif.

 

Ini bermakna tiada jangkitan semasa yang sedang berlaku antara kakitangan hotel itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >