Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes Covid-19 di TTSH: Jururawat, doktor, 3 pesakit wad umum diuji positif Covid-19

Apr 29, 2021 | 12:16 AM



KELOMPOK jangkitan Covid-19 baru kemungkinan terbentuk di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dengan seorang jururawat dijangkiti serta kemungkinan koronavirus juga melanda seorang doktor dan tiga pesakit di wad umum, lapor The Straits Times.



Kementerian Kesihatan (MOH), dalam kenyataannya, berkata salah seorang daripada tiga kes baru dalam kalangan masyarakat pada Rabu (28 April) melibatkan seorang jururawat TTSH.



Wanita Filipina berusia 46 tahun itu ditugaskan di wad umum, Wad 9D.



Menurut MOH, memandangkan ia masih menjalankan ujian lanjutan terhadap empat kes lain, mereka tidak disertakan dalam senarai kes baru pada Rabu (28 April).



The Straits Times difahamkan salah seorang pesakit TTSH yang diuji positif Covid-19  adalah seorang wanita 72 tahun yang berada di wad berkenaan sejak 20 April.



Beliau dimasukkan ke Wad Kelas C kerana penyakit artritis reumatoid dan mula batuk dan demam pada Ahad (25 April).



Tanda jangkitannya berterusan dengan beliau diuji bagi Covid-19 pada pagi Rabu. Keputusannya positif.



Wanita ini belum lagi menerima suntikan vaksin Covid-19. Suami, anak lelaki, anak perempuan dan cucu lelakinya yang berusia tujuh tahun yang mengunjunginya telah dikuarantin.



Secara umum, tempoh inkubasi virus ini adalah lima hingga enam hari tetapi boleh sesingkat dua hari atau lebih lama daripada 14 hari. Pesakit juga dipercayai lebih mudah menjangkiti bagi tempoh beberapa hari sebelum tanda jangkitan muncul.



Tidak diketahui berapa ramai pesakit lain termasuk kakitangan hospital yang mempunyai kontak dekat dengan pesakit ini atau kes lain.



Bilangan kes baru dalam masyarakat telah bertambah daripada sembilan kes dalam minggu sebelumnya kepada 13 kes pada minggu selanjutnya. Bilangan kes tiada kaitan dalam masyarakat juga berambah dari lima kes dalam minggu sebelumnya kepada enam kes pada minggu berikutnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >