SEORANG bapa warga Malaysia dan anak lelakinya, warga Singapura, yang dituduh menyebabkan kematian seorang yang didakwa merompak di Negeri Sembilan, terpaksa menunggu tiga minggu lagi bagi sebutan semula kes mereka setelah pihak pendakwaan gagal menyerahkan dokumen kes semalam.
Moo He Hong, 57 tahun, dan Moo Wee Keong, 29 tahun, ditahan 23 hari selepas Tahun Baru Cina lalu setelah didakwa membunuh Chan Boon Poh.