Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes fitnah anggota Kabinet: Editor TOC, penyumbang artikel dijel 3 minggu

TOC
Apr 21, 2022 | 06:55 PM



EDITOR The Online Citizen (TOC), Xu Yuanchen, 39 tahun, juga lebih dikenali sebagai Terry Xu, dan seorang penyumbang kepada laman sosiopolitik itu, Daniel De Costa Augustin, 38 tahun, masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga minggu semalam kerana memfitnah anggota Kabinet negara.

De Costa juga dijatuhi hukuman penjara tiga bulan atas kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer. Dia akan menjalani hukumannya berturut-turut.

Ini bermakna De Costa akan menjalani hukuman penjara selama tiga bulan dan tiga minggu.





Pada November tahun lalu, Hakim Daerah, Encik Ng Peng Hong, telah mendapati salah pasangan itu selepas perbicaraan.

De Costa telah menulis surat yang memfitnah anggota Kabinet dan menghantarnya daripada akaun e-mel rakannya, Encik Sim Wee Lee.

Surat itu bertajuk Ahli Parlimen PAP memohon maaf kepada SDP dan dihantar kepada TOC daripada akaun Yahoo Encik Sim pada September 2018.

Mahkamah diberitahu bahawa surat itu antara lain menyatakan bahawa terdapat “rasuah di peringkat tertinggi” kepimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP), lapor The Straits Times.

TOC kemudian menerbitkan surat itu dengan tajuk “The Take Away From Seah Kian Ping’s Facebook Post” dan mengaitkannya dengan Willy Sum, nama yang kadangkala digunakan Encik Sim.

Xu diwakili peguam Encik Remy Choo dan Cik Priscilla Chia.





Semasa perbicaraan, Xu telah berhujah bahawa frasa “rasuah di pihak tertinggi” tidak merujuk kepada individu anggota Kabinet dan bahawa dia tidak tahu frasa itu menjejas reputasi mereka.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Encik Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir, Encik Senthilkumaran Sabapathy dan Cik Sheryl Yeo berkata dalam hujah mereka bahawa artikel itu mendakwa, antara lain, terdapat “rasuah di peringkat tertinggi” pemerintah Singapura.

Mereka menambah: “Satu tafsiran kontekstual artikel ini jelas menyatakan bahawa ini adalah tuduhan yang berkaitan dengan anggota Kabinet Singapura. Tuduhan itu serius, tidak berasas dan jelas memfitnah.

“Kededua De Costa dan Xu pasti tahu tuduhan rasuah akan menjejas reputasi Kabinet.

“Kedua-dua mereka tidak mempunyai asas kukuh untuk membuat dakwaan itu dan jelas mereka tidak bertindak dengan niat yang baik.”





Sebelum menjatuhkan hukuman semalam, Hakim Ng berkata De Costa telah menyalahgunakan kepercayaan yang diberi Encik Sim kepadanya.

Hakim juga berkata kesalahan De Costa di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer melibatkan tahap perancangan yang tinggi dan ia juga menyebabkan kemudaratan kepada Encik Sim.

Xu mula menjalani hukumannya semalam. 

De Costa dibebas dengan ikat jamin $10,000 dan dia akan mula menjalani hukumannya pada 4 Mei.

Bagi kesalahan memfitnah, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >