Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Kes hutan Kranji: Naib presiden firma perunding didenda $26,000

Jan 20, 2023 | 05:30 AM



SEORANG naib presiden syarikat pakar runding yang menyebabkan sebahagian kawasan hutan Kranji ditebang dan dibersihkan tanpa kelulusan telah didenda $26,000 semalam.



Jimmy Liu, 63 tahun, merupakan antara empat pegawai JTC Corporation dan CPG Consultants yang terlibat dalam kerja pembangunan Taman Inovasi Pertanian-Makanan (AFIP) Kranji - sebuah hab kegiatan ladang teknologi tinggi serta penyelidikan dan pembangunan.



Empat pegawai tersebut didapati telah bertindak melampau dengan melanggar keperluan berkaitan kehidupan liar yang perlu dipenuhi sebelum memperoleh kelulusan Lembaga Taman Negara (NParks).



Ini menyebabkan 362 pokok ditebang tanpa kelulusan.



Liu mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan di bawah Akta Taman dan Pokok serta satu tuduhan di bawah Akta Kehidupan Liar.



Tertuduh lain terbabit ialah Neo Jek Lin, 44 tahun, pengurus projek kanan JTC; Chong Pui Chih, 47 tahun, mantan timbalan pengarah JTC; serta Tan See Chee, 64 tahun, pengarah CPG.



Timbalan Pendakwa Raya, Encik Nicholas Khoo dan Encik Jordon Li, berkata Liu dan tertuduh lain telah berbincang tentang kesan keperluan berkaitan kehidupan liar itu pada tempoh yang diperlukan untuk menyiapkan kerja di AFIP Kranji.



Disebabkan pandemik Covid-19, kerja di AFIP Kranji tertangguh antara April dengan Ogos 2020.



JTC sepatutnya harus memastikan bahawa kawasan itu dipagar dengan baik untuk mengelak haiwan daripada memasuki tapak kerja itu.



JTC juga harus memberi ruang kepada NParks untuk menjalankan usaha menyelamatkan tanaman sebelum memulakan sebarang kerja fizikal.



Oleh kerana bimbang kerja di AFIP Kranji itu akan tertangguh lagi, Neo dan Chong menyarankan agar mereka meneruskan kerja menebang pokok dan membersihkan tapak, sementara usaha dijalankan pada masa yang sama untuk memenuhi keperluan berkaitan kehidupan liar itu, lapor The Straits Times.



Liu dan rakan kerjanya, Tan, bersetuju dengan rancangan tersebut.



Pihak pendakwa berkata bilangan pokok yang ditebang tanpa kelulusan amat banyak dan kesannya pada alam sekitar tidak dapat ditentukan kerana kesalahan itu berlaku sebelum sebarang kajian dijalankan.



Kerja pembersihan tapak tanpa kebenaran itu diketahui selepas gambar menunjukkan sebahagian tapak itu telah dibersihkan tular di media sosial pada Februari 2021.



Neo dan Chong masing-masing didenda $30,000 bagi peranan mereka dalam kes itu manakala Tan belum dijatuhi hukuman.



Jika sabit kesalahan, mereka yang menebang atau merosakkan pokok yang lilitnya lebih semeter tanpa kelulusan boleh didenda hingga $50,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >