Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes kebakaran di S'pura berkurang pada 2022: SCDF

Feb 14, 2023 | 05:30 AM



BILANGAN kematian akibat kebakaran di sini telah meningkat pada 2022 meskipun jumlah kes kebakaran telah turun secara keseluruhan daripada 1,844 kes pada 2021 kepada 1,799 tahun lalu.



Terdapat enam kematian akibat kebakaran pada 2022, daripada empat kes pada 2021, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam laporan perangkaan tahunannya pada Isnin (13 Feb).



Separuh daripada bilangan itu datang daripada kes kebakaran yang berlaku di Bedok North pada Mei 2022, di mana tiga individu, termasuk seorang budak perempuan berusia tiga tahun dan ayahnya telah terkorban.



Penolong Pesuruhjaya Michael Chia, yang menyandang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Operasi SCDF berkata selain daripada enam kematian itu, terdapat lagi dua kes kematian pada 2022 yang sedang disiasat.



Sementara itu, bilangan orang yang mengalami kecederaan akibat kebakaran pula turun daripada 193 kes pada 2021, kepada 171 kes pada 2022.



SCDF berkata sebanyak 935 kes kebakaran di bangunan perumahan telah dicatatkan pada 2022, turun 7.4 peratus daripada 1,010 kes pada 2021.



Punca utama kebakaran di tempat kediaman adalah akibat memasak tanpa pengawasan dan ini menyebabkan masakan itu mencapai suhu yang melampau. Penyebab ini menyumbang kepada sebanyak 37 peratus jumlah kes kebakaran yang dilaporkan di tempat kediaman.



Bagaimanapun, angka itu turun daripada 358 kes pada 2021 kepada 343 pada 2022.



Namun bilangan kes kebakaran yang berpunca daripada bahan elektrik naik 18.8 peratus kepada 228 kes pada 2022 daripada 192 kes pada 2021.



Ia menyumbang kepada 24 peratus jumlah kes kebakaran secara keseluruhan pada 2022.



SCDF berkata kebanyakan kes tersebut adalah disebabkan perkakas elektrik atau wayar yang rosak, atau penggunaan soket elektrik secara melampau.



Kes kebakaran yang berpunca daripada barangan yang dibuang pula melihat kemerosotan 31.7 peratus daripada 145 kes pada 2021 kepada 99 kes pada 2022. Kes seperti itu sering berlaku di lobi lif, landasan tangga, dan di koridor.



Laporan SCDF itu juga mendedahkan kenaikan ketara kes kebakaran melibatkan kenderaan pada 2022, naik kepada 204 kes daripada 155 pada 2021.



SCDF berkata peningkatan itu adalah menyusuli kelonggaran sekatan Covid-19 pada 2022, dan memaklumkan bahawa angka itu adalah sama dengan paras prapandemik. Tahun 2019 melihat sebanyak 195 kes kebakaran melibatkan kenderaan.



Kes melibatkan alat mobiliti aktif pula, seperti alat mobiliti peribadi (PMD) dan basikal yang menggunakan kuasa melihat kemerosotan 33.3 peratus daripada 63 kes pada 2021 kepada 42 kes pada 2022.



Selain itu, bilangan panggilan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) menyaksikan kelonjakan 20.2 peratus daripada 213,615 panggilan pada 2021 kepada 256,837 pada 2022.



Daripada bilangan itu, 93.1 peratus atau 239,210 panggilan merupakan panggilan kecemasan, melebihi jumlah yang dilaporkan pada 2021.



Bilangan itu boleh dikaitkan dengan beberapa gelombang jangkitan Covid-19 yang berlaku pada 2022, kata SCDF.



Sebahagian panggilan itu adalah panggilan bukan kecemasan yang naik 27.5 peratus kepada 11,538 pada 2022 - melebihi paras prapandemik.



Pada masa yang sama, panggilan palsu juga naik 8.8 peratus kepada 6,089 pada 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >