Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes kelar kucing di Ang Mo Kio: Lelaki hadapi tuduhan tambahan

Jul 07, 2021 | 08:31 PM



LELAKI yang dituduh mengelar beberapa ekor kucing di Ang Mo Kio telah menerima tuduhan tambahan pada Rabu (7 Julai). 



Leow Wei Liang, 37 tahun, kini dituduh mengelar lagi enam kucing dengan pisau lipat antara 25 April dengan 20 Mei.



Ini menjadikan jumlah tuduhan ke atas Leow kini tujuh kesemuanya.



Pada awalnya, Leow dituduh dengan satu kesalahan mencederakan kucing dengan pisau lipat pada 2 Mei.



Pada Rabu, mahkamah diberitahu Leow telah diperiksa oleh pakar sakit jiwa dari Institut Kesihatan Mental (IMH) yang mendapatinya mempunyai autisme dan personaliti antisosial yang tersembunyi.



Namun, pakar sakit jiwa itu mengatakan tindakan kejamnya "bukanlah kerana sebarang kesukaran memahami akibat perbuatannya itu".



Leow yang menghadiri sesi perbicaraan mahkamah dari jauh beberapa kali menyampuk dalam sidang berkenaan dengan mengatakan dia tidak bersalah.



Pada suatu ketika, dia memberitahu mahkamah, takkan mungkin dia mengelar kucing-kucing yang bergerak pantas dan bersembunyi di bawah kereta.



Dia kemudian mengatakan dia tidak memahami apakah kesalahan yang dia lakukan.



Leow diberkas pada 8 Jun oleh Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) di bawah Lembaga Taman Negara (NParks) dengan sokongan polis.



Beberapa kucing kemudian ditemui dengan tubuh mereka dikelar dengan luka dalam sejak lewat April di Ang Mo Kio.



Pengarah Kumpulan Pengurusan Haiwan Kemasyarakatan NParks, Cik Jessica Kwok, menjelaskan dalam satu kenyataan awal bahawa melindungi kebajikan haiwan adalah tanggungjawab sosial bersama.



Beliau menggesa orang ramai agar melaporkan kes kekejaman ke atas haiwan yang disyaki dengan segera kepada AVS.



AVS boleh dihubungi melalui talian 1800-476-1600 atau laman beralamat https://www.nparks.gov.sg/avs/feedback



Kes Leow akan dibicarakan lagi pada 27 Julai.



Bagi setiap tuduhan kekejaman ke atas haiwan, Leow boleh dipenjara hingga 18 bulan, atau didenda hingga $15,000 atau kedua-duanya sekali.



Kerana kejadian itu, beberapa kucing kejiranan di estet Ang Mo Kio itu diletakkan di kemudahan penjagaan khusus di Lim Chu Kang dan The Animal Lodge.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >