Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes kematian bunuh diri tahun lalu tertinggi sejak 2012

Jul 09, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 452 kes bunuh diri dilaporkan di Singapura tahun lalu, angka tertinggi sejak 2012.



Dalam satu kenyataan semalam, badan tidak mencari keuntungan Samaritans of Singapore (SOS), yang mencegah pembunuhan diri, berkata angka itu adalah kenaikan 13 peratus daripada 400 kes pada 2019.



Kenaikan kes kematian bunuh diri diperhatikan di semua peringkat usia, kata badan itu lagi.



Khususnya, jumlah kematian akibat bunuh diri dalam kalangan warga emas - berusia 60 tahun dan ke atas - mencecah 154 kes, angka yang paling tinggi dicatatkan bagi peringkat usia ini sejak 1991 dan peningkatan 26 peratus daripada 2019.



Ketua eksekutif SOS, Encik Gasper Tan, berkata: "Covid-19 telah menjejas dengan teruk ekonomi negara, gaya hidup dan kesihatan mental. Kami sangat risau bagaimana warga emas menghadapi krisis kesihatan awam ini."



"Dalam pandemik ini, warga emas cenderung menghadapi pengasingan sosial dan masalah kewangan. Kesukaran untuk terus menyesuaikan diri dengan perubahan serta perasaan kesepian yang berpanjangan mungkin amat menjejas mereka."



Walaupun terdapat peningkatan dalam kes bunuh diri dalam kalangan warga emas pada 2020 berbanding 2019, SOS berkata talian hotline 24 jamnya menerima panggilan yang berkurangan daripada mereka.



Dalam tahun kewangan 2020 dari April 2020 hingga Mac 2021, sebanyak 4,455 panggilan telah dibuat warga emas, berbanding 4,816 pada tahun kewangan sebelumnya.



SOS berkata warga emas yang membuat panggilan biasanya meluahkan kesukaran mengatasi kesepian dan kurang kegiatan kerana pengasingan, tekanan psikologi serta hubungan sosial dan keluarga yang terganggu dan dijadikan lebih teruk oleh pandemik itu.



Mulai 26 Julai, mereka yang memerlukan sokongan emosi boleh menghubungi SOS di talian hotline empat digit barunya di 1-767. Nombor talian lebih singkat itu bertujuan memudahkan mereka yang ingin mendapatkan bantuan.



Nombor lama, 1800-221-4444, akan kekal beroperasi setelah nombor empat digit itu dilancarkan, dan kededuanya bebas bayaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >