PARLIMEN

Kes kerosakan dan kecacatan flat BTO tidak banyak berubah

SEDANG program Bina Ikut Tempahan (BTO) telah digiatkan sepanjang empat tahun lalu, kes kerosakan dan kecacatan flat HDB yang dilaporkan tidak banyak berubah.

Pada masa yang sama, mutu flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) juga tidak dikompromi, kata Menteri Negara bagi Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, di parlimen semalam.