Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN KEMAMPANAN BERSEPADU 2021/2022

Kes, kluster denggi berkurangan

Sep 29, 2022 | 05:40 AM



JUMLAH kes denggi telah berkurangan daripada puncak 1,568 kes seminggu pada Mei kepada kurang 600 seminggu bulan ini.



Kluster penyakit itu juga telah berkurangan sebanyak 62 peratus daripada 422 Jun lalu.



Demikian menurut Laporan Kemampanan Bersepadu 2021/2022 oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) yang dikeluarkan semalam.



Sekitar 11,300 tempat pembiakan nyamuk dikesan di semua jenis premis sepanjang separuh pertama tahun ini.



Hingga kelmarin, terdapat 144 kluster denggi aktif, menurut laman web agensi itu.



"Walaupun ada peningkatan awal luar biasa dalam kes denggi tahun ini, usaha kolektif pihak berkepentingan dan masyarakat membolehkan kita mengurus wabak itu tanpa mencapai jumlah puncak kes mingguan denggi tertinggi yang dilihat pada wabak besar 2020," kata NEA dalam laporan berikut.



Hingga 24 September, 27,761 kes denggi dilaporkan. Pada 2020, kes denggi melonjak kepada jumlah rekod tertinggi 35,315 kes.



Antara faktor yang menyebabkan peningkatan kes tahun ini ialah populasi nyamuk Aedes-aegypti yang tinggi, peredaran serotype virus Denggi 3 (DENV-3) yang kurang aktif sebelum ini, serta cuaca panas, hujan dan lembap di sini.



Kajian menunjukkan imuniti penduduk terhadap denggi rendah.



Kebarangkalian mengalami jangkitan pertama setiap tahun kini lebih rendah, iaitu kurang 1 peratus, berbanding sekitar 5 peratus pada 1970-an dan 10 peratus pada 1960-an.



Sementara itu, NEA menjalankan sekitar 409,000 pemeriksaan di seluruh negara sepanjang separuh pertama tahun ini, termasuk 2,800 pemeriksaan di tapak binaan.



Dalam tempoh sama, NEA mengeluarkan denda ke atas 1,300 isi rumah bagi pembiakan nyamuk dan 6,565 notis undang-undang terhadap pemilik dan penghuni rumah.



NEA juga mengeluarkan 70 Arahan Berhenti Kerja ke atas tapak binaan dan mendakwa 28 kontraktor di mahkamah.



Daripada 11,300 tempat pembiakan nyamuk yang dikesan pada separuh pertama tahun ini, 63 peratus dikesan dalam rumah, 4 peratus di tapak binaan, 25 peratus di kawasan awam, dan 8 peratus di dalam premis jenis lain (seperti asrama, kilang, sekolah, dan bangunan komersial).



Dengan kerjasama semua pihak berkepentingan dan masyarakat, NEA berjaya menutup sekitar 72 peratus kluster denggi yang dimaklumkan antara Januari hingga Jun tahun ini.



Dalam pada itu, NEA telah memperluas Projek Wolbachia, yang merupakan antara usaha negara ini memerangi denggi.



Sejak Julai lalu, NEA telah melepaskan nyamuk Aedes-aegypti jantan yang dijangkitkan dengan bakteria Wolbachia di tambahan lapan kawasan terpilih.



Ini bermakna 1,400 flat HDB tambahan akan aktif dengan nyamuk itu, menjadikan jumlah liputan projek itu kepada 31 peratus daripada semua flat HDB di sini dan bermanfaat bagi lebih 300,000 isi rumah.



Apabila nyamuk Aedes betina yang tidak dijangkiti bakteria itu mengawan dengan nyamuk jantan itu, ia menghasilkan telur yang tidak boleh menetas. Ini dapat mengurangkan jumlah nyamuk Aedes-aegypti, vektor denggi utama di sini.



Walaupun teknologi Wolbachia-Aedes diharap dapat digunakan sebagai alat kawalan pelengkap denggi pada masa depan, ia bukan huraian sepenuhnya.



NEA menggesa masyarakat bekerjasama bagi mengurangkan populasi vektor nyamuk dan tempat pembiakan nyamuk supaya dapat mengurangkan risiko penularan denggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >