Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes manipulasi saham $8b: Dua tertuduh dijel 36 tahun, 20 tahun

Dec 29, 2022 | 05:30 AM



INDIVIDU di sebalik kes manipulasi pasaran saham terbesar Singapura, John Soh Chee Wen, yang telah melenyapkan hampir $8 bilion nilai pasaran pada Oktober 2013, telah dijatuhi hukuman penjara 36 tahun semalam, sementara rakan subahatnya, Quah Su-Ling, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun.



Hukuman penjara itu disifatkan sebagai yang paling lama bagi manipulasi pasaran di Singapura setakat ini, kata beberapa peguam yang dihubungi The Straits Times.



Mahkamah Tinggi membenarkan Soh, 62 tahun; dan Quah, 58 tahun, penangguhan pelaksanaan hukuman selepas peguam bela berkata mereka akan memfailkan rayuan lewat semalam.



Bagaimanapun, Soh, seorang rakyat Malaysia, tidak akan merayu terhadap sabitan atas tiga pertuduhan kerana terlibat dalam pengurusan Blumont Group, Asiasons Capital dan LionGold Corp - dikenali secara kolektif sebagai BAL - semasa berada dalam keadaan muflis.



Kes itu membabitkan sekitar 349 tuduhan dan mengambil masa sekitar 200 hari pengadilan sepanjang tempoh hampir empat tahun.



Pihak pendakwa telah meminta agar hukuman jel 40 tahun dijatuhkan bagi Soh, dan 19 setengah tahun bagi Quah.



Pasangan itu didapati telah memanipulasi harga saham Blumont Group, Asiasons Capital dan LionGold Corp antara Ogos 2012 dengan Oktober 2013.



Mereka berbuat demikian dengan menggunakan 187 akaun perdagangan dikendali 20 institut kewangan di bawah nama 58 individu dan syarikat.



Sewaktu menjatuhkan hukuman semalam, Hakim Mahkamah Tinggi, Hoo Sheau Peng, berkata:



"Dari segi bilangan besar akaun yang dikawal serta orang tengah dan institut kewangan yang terbabit, bilangan besar perdagangan BAL dan peratusan tinggi bilangan perdagangan pasaran... tertuduh perlu mengambil tanggungjawab bagi kebanyakan perdagangan itu."



Semasa memberi hukuman bagi Quah, Hakim Hoo berkata: "Menurut pandangan saya, saya tidak menafikan Quah lebih kurang upaya, dan dia pula tidak begitu terbabit dalam skim itu, dari segi bagaimana ia dikonsepsi dan dilaksana... Sebagai titik permulaan bagi tuduhan manipulasi harga dan perdagangan palsu itu, saya akan menetapkan dua pertiga hukuman yang akan dijatuhkan kepada Soh."



Hakim Hoo menambah: "Tertuduh melaksanakan skim itu dengan skala besar... Mereka memiliki kefahaman lengkap terhadap pasaran kewangan dan mengeksploitasi sistem itu sepanjang tempoh lanjutan 14 bulan. Mereka berbuat demikian demi meraih keuntungan kewangan. Meskipun ketika pasaran menjunam, dan selepas skim mereka gagal, mereka tetap melanggar peraturan.



"Ia satu keperluan dan satu keutamaan agar hukuman global dijatuhkan kepada tertuduh agar dapat menggambarkan betapa teruk kesalahan mereka itu."



Soh, 63 tahun, telah direman sejak November 2016, manakala Quah, 58 tahun, mantan ketua eksekutif Ipco (kini dinamakan Renaissance United) diikat jamin $4 juta.



Daripada 180 tuduhan yang disabit Soh, pihak pendakwa meminta agar hukuman susulan bagi 11 tuduhan - merangkumi tiga bagi perdagangan palsu, tiga bagi perbuatan helah, dua bagi menipu dan tiga kerana manipulasi - turut ditimbangkan dan hukuman purata jel 40 tahun dijatuhkan kepadanya.



Bagi Quah, yang disabit bersalah 169 tuduhan, pihak pendakwa meminta agar hukuman susulan bagi enam tuduhan - merangkumi dua tuduhan perdagangan palsu, tiga tuduhan manipulasi dan satu tuduhan menipu - turut ditimbangkan dan purata hukuman 19 setengah tahun jel.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >