Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes penyakit hati berlemak kian bertambah di Singapura: Kajian

Jan 03, 2017 | 10:11 AM



PENYAKIT hati berlemak bukan alkohol (NAFLD) semakin meningkat di Singapura, dan mungkin menjejas separuh orang dewasa di sini.



Demikian dapatan satu kajian yang dikeluarkan baru-baru ini oleh doktor SingHealth.



Ini boleh membuat lebih ramai orang dalam risiko kegagalan hati atau barah hati. Punca utama dua masalah itu ialah hepatitis atau pengambilan banyak alkohol berat, tetapi kerosakan yang disebabkan oleh NAFLD adalah sama.



Bulan lalu, Timbalan Speaker Parlimen Charles Chong, 63 tahun, menjalani pemindahan hati disebabkan NAFLD.



Tiga tahun lepas, Anggota Parlimen Punggol East itu disahkan menghidap bentuk teruk NAFLD - steatohepatitis- tetapi tidak mengumumkannya kepada awam.



Profesor Pierce Chow, doktor utama dalam kajian itu, berkata dapatan tersebut mencadangkan kadar NAFLD di sini mungkin lebih tinggi daripada purata di Asia, iaitu kira-kira 30 peratus daripada orang dewasa, lapor akhbar The Straits Times pada Selasa (3 Jan).



Walaupun punca NAFLD tidak jelas, pesakit cenderung mempunyai tekanan darah tinggi dan kolesterol peringkat tinggi - risiko sama bagi penyakit jantung, kencing manis dan obesiti.



Kajian tersebut melibatkan pesakit Hospital Besar Singapura (SGH) yang menjalani pembedahan bagi membuang pundi hempedu mereka, organ berbentuk buah pear yang terletak bersebelahan dengan hati, bagi tempoh 2001 hingga 2004 dan 2011 hingga 2014.



Daripada kajian prapembedahan kumpulan 127 pesakit lebih awal itu, 40 peratus mempunyai NAFLD. Sepuluh tahun kemudian, 57 peratus daripada 99 pesakit kumpulan kedu mempunyai penyakit itu.



Lebih ramai pesakit dalam kumpulan kedua itu djuga mempunyai tahap kolesterol tinggi - 46 peratus berbanding 19 peratus daripada pesakit kumpulan pertama.



Hampir separuh daripada pesakit dalam kedua-dua kumpulan mempunyai tekanan darah tinggi.



Kajian itu, yang diterbitkan dalam talian pada 20 Disember sebelum versi cetak oleh Singapore Medical Journal, berkata ia "pertambahan ketara" dan campur tangan diperlukan bagi mencegah perkembangan NAFLD menjadi penyakit hati lebih teruk seperti sirosis hati (pengerasan) dan hepatocellular carcinoma (barah hati).



Profesor Chow berkata penyakit hati berlemak satu kebimbangan yang semakin meningkat di negara maju yang menghadapi peningkatan obesiti. Di Amerika Syarikat, NAFLD punca ketiga barah hati selepas hepatitis dan penyakit hati alkohol.



Kerana ia tidak mempunyai gejala, NAFLD jarang ditemui hingga banyak kerosakan telah dilakukan.



Penyelidik juga mendapati semakin obis seseorang itu, semakin tinggi risiko beliau menghadapi hati berlemak.



Orang India juga kelihatan mempunyai risiko lebih tinggi.



Menurut Hospital Universiti Nasional (NUH), yang menjalankan sebahagian besar pembedahan pemindahan hati di sini, "punca lazim kegagalan hati termasuk hepatitis B, sirosis, barah dan penyakit autoimun".



Kira-kira 60 orang sedang menunggu bagi pemindahan hati, kira-kira lima kali ganda bilangan 10 tahun lalu. Tahun lepas, 38 orang menjalani pemindahan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >