Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Kes rasuah: Bekas pengarah kanan NParks dipenjara 4 bulan, bayar denda $900

Mar 01, 2022 | 05:30 AM



ANTARA 2018 dengan 2020, bekas pengarah kanan di Lembaga Taman Negara (NParks) dibawa ulang-alik dari Singapura ke Johor Bahru secara percuma jika beliau memberikan peluang perniagaan kepada sebuah syarikat memotong rumput yang dikontrak oleh agensi itu.



Semalam, bekas pengarah kanan itu, Teva Raj Palanisamy, 70 tahun, dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan diarah membayar denda $900 kerana rasuah.



Satu lagi pertuduhan bagi menerima penginapan hotel di Macau pada 2018 daripada kontraktor lain, Ho Eng Huat Construction (HEHC), telah diambil kira dalam hukumannya.



Teva Raj bekerja di Bahagian Landskap Perbandaran yang mengekalkan kehijauan di tanah kerajaan dengan mendapatkan syarikat swasta sebagai kontrak bagi khidmat itu, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Sebagai ganjaran memberikan kelonggaran kepada syarikat yang melanggar syarat yang boleh menyebabkan syarikat itu didenda, Teva Raj menerima enam perjalanan ulang-alik rentasi Tambak daripada pengarah syarikat pemotong rumput dan penghijauan Soon Sin Contracts, Encik Ong Eng Soon.



Encik Ong, yang juga merupakan pemandu GrabHitch, biasanya mengenakan bayaran $150 untuk setiap perjalanan ulang-alik dari Singapura ke Malaysia.



Mahkamah mendengar antara Ogos 2018 dengan Mac 2020, Teva Raj telah berulang-alik dari Singapure ke Johor Bahru sebanyak enam kali - termasuk menghadiri sebuah majlis, mesyuarat, majlis makan malam, melawat abangnya bersama keluarga, dan dua lawatan ke firma guaman bagi hal peribadi.



Teva Raj dua kali dijemput dari pejabatnya di 1 Cluny Road bagi dua perjalanan itu.



Dia tidak menawarkan untuk membayar Encik Ong bagi perkhidmatan itu, begitu juga Encik Ong tidak meminta sebarang bayaran, kata Timbalan Pendakwa Raya Encik Victoria Ting.



Seorang lagi pegawai NParks, Encik Johnny Go, pengarah divisyen yang sama pada masa itu, juga bersama Teva Raj di dua perjalanan.



Beliau telah diberi amaran keras, manakala Encik Ong diberi amaran bersyarat.



Pada 2019, HEHC alami masalah tenaga kerja yang tergendala dan Teva Raj mencadangkan kepada HEHC supaya Soon Sin menjadi sub-kontraktor. Tidak lama kemudian, Sin mengambil alih kerja HEHC untuk tempoh tiga bulan.



Teva Raj juga mengarahkan kakitangan NParks untuk tidak mengeluarkan sebarang notis melanggar peraturan ke atas HEHC kerana ini akan menyebabkan gangguan kepada kerja-kerja.



Peguam Teva Raj, Encik Bernard Sahagar, memberitahu mahkamah NParks telah menjadi bak keluarga anak guamnya. Teva Raj mula bekerja di sana pada 1980.



Beliau berkata Encik Ong dan Teva Raj adalah kawan rapat dan, jika difikirkan semula, Teva Raj sepatutnya lebih berhati-hati dengan interaksinya.



Menurut beliau, Encik Ong memberitahu Teva Raj beliau kerap pergi ke Malaysia dan Teva Raj bertanya sama ada dia boleh pergi bersamanya.



Mahkamah diberitahu isteri Teva Raj, seorang warga Malaysia, meninggal dunia pada 2016 dan Teva Raj ke Malaysia untuk menyelesaikan perkara yang melibatkan wasiatnya.



Bagi kesalahan rasuah, Teva Raj boleh didenda sehingga $100,000, penjara sehingga tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >