Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes remaja tenat selepas jalani vaksinasi, angkat berat: Punca serangan jantung dalam siasatan

Jul 07, 2021 | 05:29 PM



VAKSIN Covid-19 adalah faktor yang memungkinkan mengapa seorang remaja 16 tahun mengalami serangan jantung minggu lalu selepas sesi angkat berat di gimnasium tetapi terdapat sebab lain yang sedang disiasat.



Budak itu mengangkat alat senaman yang beratnya hampir seganda berat badan dirinya, satu kegiatan yang luar biasa dilakukan di gimnasium, jelas Pengarah Khidmat Perubatan, Profesor Madya Kenneth Mak, pada Rabu (7 Julai).



Menurut Profesor Mak, remaja itu dikatakan mengambil beberapa makanan tambahan. Siasatan sedang diteruskan bagi mengenal pasti punca serangan jantung tersebut.



"Doktor pakar di hospital sedang mengawasi keadaan bagi segala macam kemungkinan dan pastinya salah satu kemungkinan adalah serangan jantung itu mungkin berpunca dari radang otot jantung.



"Ia mungkin berkaitan dengan vaksinasi yang dijalani tetapi ini adalah salah satu daripada beberapa kemungkinan yang mereka sedang pastikan," jelas Profesor Mak.



Beliau mengatakan ujian sedang dijalankan ke atas makanan tambahan yang diambil remaja itu bagi menentukan sebab serangan jantung berlaku. Namun, ujian ini mengambil masa dan tiada lagi maklumat lanjut buat masa ini, katanya.



Profesor Mak menjawab soalan daripada wartawan di sidang media maya pasukan bertindak berbilang kementerian tentang Covid-19.



Kementerian Kesihatan (MOH) menjelaskan pada Isnin, remaja 16 tahun itu rebah menyusuli sesi mengangkat berat, enam hari selepas dos suntikan pertama vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech/Comirnaty.



Sehingga Isnin, dia berada dalam keadaan tenat di Unit Jagaan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Nasional (NUH).



Buat masa ini, menyusuli semakan data setempat dan luar negara, jawatankuasa mengenai vaksinasi Covid-19 dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) mengusulkan pada Isnin agar orang ramai mengelakkan daripada melakukan kegiatan fizikal yang berat selepas menerima suntikan vaksin mRNA masing-masing.



Pada Rabu, Profesor Mak berkata jawatankuasa pakar mengambil kira semakan data HSA yang diselesaikan baru-baru ini sebelum kejadian remaja itu.



"Pada masa itu, HSA telah menentukan bahawa terdapat kian bertambahnya tanda radang otot jantung menjejas fungsi jantung dalam kalangan orang muda.



"Mereka mendapati buat julung-julung kalinya, berbanding data lebih awal, beberapa kes radang otot jantung ini juga berlaku selepas vaksinasi pertama," tambah Profesor Mak.



Beliau bagaimanapun menambah, panel pakar dan HSA merasakan lebih bermanfaat jika vaksinasi tetap ditawarkan buat sesiapa yang layak menjalaninya, mengambil kira risiko dan manfaatnya.



Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, menambah keutamaan MOH dan hospital adalah memastikan kesejahteraan remaja berkenaan dan hasil siasatannya kelak akan diketahui. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >