Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Kes serang murid 8 tahun: Tutor sambilan dijel 4 hari

Nov 03, 2022 | 05:30 AM



SEORANG tutor sambilan, yang menyerang seorang muridnya berusia lapan tahun selepas dia memberi jawapan yang salah, dijatuhi hukuman penjara empat hari semalam.



Teo Thian Hoe, 57 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan menyerang. Tuduhan kedua yang serupa telah dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.



Gadis itu tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah untuk melindungi identiti mangsa.



Dalam prosiding yang lebih awal, Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Encik Ernest Goh, berkata Teo telah digajikan oleh bapa budak itu untuk menjadi tutor privet anaknya selepas menemui nama Teo di laman web.



Ketika satu sesi yang berlangsung di bilik belajar dalam rumah pada 18 Mac, Teo hilang kesabarannya selepas murid tersebut memberi jawapan yang salah kepada soalan-soalan diajukannya.



DPP memberitahu mahkamah: "Semasa dia memarahi budak itu, dia menyelak lengan kiri murid tersebut dengan menggunakan jarinya dan menumbuk lengan kirinya sebanyak dua kali. Mangsa merasakan kesakitannya dan menangis.



"Selain itu, tertuduh juga menyambar kepala mangsa dan menolaknya ke bawah."



Beberapa perbuatan Teo telah dirakamkan dalam rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam bilik itu.



Pada hari yang sama, murid itu memberitahu bapanya bahawa Teo akan menumbuknya secara tiba-tiba setiap kali dia gagal untuk melakukan kerja dengan betul.



Mangsa juga memberitahu bapanya bahawa lengannya berasa sakit.



Mulanya, bapa mangsa menyangka yang dia berlaku secara dramatik. Tetapi beliau memutuskan untuk memerhatikan pelajaran seterusnya dengan Teo melalui kamera CCTV.



Teo hilang kesabarannya lagi dalam satu sesi pada 22 Mac dan memarahi mangsa.



Kali ini, dia menguis lengan kiri menggunakan jari, mengetuk kepala mangsa empat kali dengan tulang ketuk jari, menampar tangan kanannya dan menumbuk lengan kiri di sebelah atas sebanyak dua kali.



Dia juga mencekak leher mangsa dan menolak kepalanya ke bawah. Mangsa mengalami lebam di lengan kiri dan menangis.



Bapa mangsa, yang berada di rumah pada masa itu, terdengar Teo meninggikan suara terhadap anaknya.



Beliau memeriksa kamera CCTV dan melihat Teo menyerang anak perempuannya itu.



Beliau bersemuka dengan Teo dan menghalaunya untuk pergi dan kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis.



Teo, yang tidak diwakili peguam, memberitahu mahkamah semalam bahawa dia telah hilang kawalan dirinya semasa mengajar budak tersebut, yang beliau sifatkan sebagai murid yang sangat lembab dan mempunyai tahap pemahaman peringkat tadika.



Ikat jamin Teo ditetapkan pada $2,500 semalam. Beliau dijangka menyerah diri di Mahkamah Negara pada 7 November ini untuk mula menjalani hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >