Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes serangan babi hutan: Sekolah dan pihak berkuasa kerjasama pastikan keselamatan kakitangan, pelajar

Aug 29, 2018 | 06:42 PM



SEKOLAH Menengah Punggol berkata ia kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan kakitangan dan pelajar selepas seorang kakitangan pentadbiran cedera selepas diserang seekor babi hutan berdekatan sekolah itu semalam. 



Pengetua sekolah Encik Benedict Keh berkata kakitangan dan pelajar telah diingatkan supaya awas dan perhatikan persekitaran mereka. 



Encik Keh memberitahu akhbar The Straits Times hari ini bahawa kakitangan wanita itu kini berada di hospital. 



Katanya: “Kami akan terus memberikan beliau bantuan, termasuk memberikannya masa untuk pulih daripada kecederaan yang dialami.” 



Wanita tersebut, berusia 30an tahun, dihantar ke Hospital Khoo Teck Puat, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). 



Insiden tersebut berlaku berdekatan sekolah itu tengahari semalam. 



Sekolah tersebut terletak pada jarak beberapa perhentian bas jauh daripada kawasan hutan yang kini sedang dibangunkan.



Babi hutan itu ditemui selepas itu berdekatan kondominium eksekutif dan ditangkap oleh kakitangan Persatuan berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (Acres). 



 Menurut Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA), binatang itu mungkin keluar dari kawasan hutan di hujung Punggol atau Coney Island, di mana ia diketahui wujud. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >