Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes serangan pisau: Remaja diarah jalani pemulihan akhlak sekali lagi

Nov 30, 2023 | 04:29 PM



Seorang remaja yang terlibat dalam serangan pisau yang menyebabkan dua mangsa cedera di Hotel Rest Bugis pada Mac lalu diarah menjalani sekali lagi latihan pemulihan akhlak pada Khamis.

Menurut The Straits Times, kali ini, warga Indonesia berusia 19 tahun itu, yang tidak boleh dinamakan atas arahan mahkamah, akan ditahan di pusat pemulihan sekurang-kurangnya setahun, dengan menjalani satu rejim ketat termasuk berbaris dan kaunseling.


Dia mengaku bersalah pada Oktober atas tuduhan termasuk menyerang, menunggang motosikal tanpa lesen, dan berhimpun secara haram.

Bermula Khamis, dia juga hilang kelayakan memegang atau mendapatkan semua kelas lesen memandu selama 18 bulan.

Dia sebelum ini diarah menjalani latihan pemulihan kerana kesalahan, termasuk penyelewengan harta secara tidak jujur, pada November 2019.

Dia kemudiannya dibebaskan dan diperlukan memakai gelang kaki elektronik untuk memantau pergerakannya.

Daripada sepatutnya berkelakuan baik, dia membawa batang besi dan bersama empat remaja lain pada 25 Julai 2021, bersemuka dengan kumpulan lain di Toa Payoh kira-kira 2 petang berhubung pertikaian yang melibatkan pod vape.

Pada sekitar 9 malam hari yang sama, dia memutuskan tali peranti gelang kaki elektroniknya.

Dia ditahan pada 26 Julai 2021, dan dijangka mengaku bersalah di mahkamah pada 14 Disember 2022, apabila dia melanggar ikat jamin. Waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Pada kira-kira tengah malam 27 Mac 2023, seorang rakannya, Norliana Hazuliana, 24 tahun, berada di dalam bilik di Hotel Rest Bugis di Jalan Kubor bersama sekumpulan individu apabila Norliana berselisih faham dengan seorang lelaki berusia 20 tahun.

Berbekalkan dua bilah pisau bergergaji, remaja Indonesia itu menunggang motosikal dengan membonceng Mohammad Ghufran Sinarfadhli, 23 tahun.

Setibanya di Hotel Rest Bugis sekitar 11 pagi, remaja Indonesia itu menetak dua kali dengan pisaunya pada seorang wanita berusia 19 yang berada dalam bilik hotel itu.

Lelaki berusia 20 tahun yang turut berada di situ turut diserang oleh Ghufran dan remaja warga Indonesia itu yang kemudiannya melarikan diri.

Remaja warga Indonesia itu diberkas pada 27 Mac dan Ghufran diberkas keesokan harinya.

Kes melibatkan Ghufran dan Norliana masih belum selesai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >