Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes tikam di Geylang: Trio ditangkap selang 28 jam kes dilapor

Sep 01, 2019 | 03:30 PM



 





TIGA suspek lelaki dalam kes menikam di Geylang ditangkap kurang 28 jam selepas insiden itu dilaporkan kepada polis.



Tempoh masa yang diperlukan untuk menyiasat dan menangkap suspek itu, serta butiran lain dibentangkan oleh polis pada Ahad (1 September) 



Dua lelaki berusia 24 dan 26 tahun ditikam di Geylang Lorong 39 pada awal dinihari Jumaat (30 Ogos).



Polis diberitahu tentang kejadian itu sekitar 1.25 pagi.



Salah satu suspek, seorang lelaki berusia 53 tahun diketahui polis dan dikehendaki Biro Narkotik Pusat (CNB), dikenal pasti menggunakan kamera polis selang sejam laporan diterima. Dia berjaya mengelak tangkapan dengan memandu bersetentangan dengan trafik, tetapi ditangkap pada hari selanjutnya di sebuah bilik hotel, di mana polis turut menemui 5gram dadah Ice dan lima pil Ecstasy.



Suspek kedua, lelaki berusia 37 tahun ditangkap Jumaat lalu dalam keretanya di East Coast Park. Sejumlah 318gram Ice, 241 biji pil Ecstasy, 109 gram kanabis, 60 pil Erimin-5, 46 gram ketamine antara barangan yang dirampas daripadanya.



Suspek ketiga, yang berusia 20 tahun ditangkap awal pagi Sabtu di Blok 43 Chai Chee Street kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata bahaya dan menggunakan dadah.



Dia telah dirujuk ke Pusat Pemulihan Dadah (DRC) di kompleks Penjara Changi.



Siasatan lanjut berkenaan insiden menikam itu sedang berlangsung.



Jika didapati bersalah menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata bahaya, mereka boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda, atau dirotan, atau sebarang hukuman yang menggabungkan tiga hukuman ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >