Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes tipu: 242 orang disiasat polis libat $7.2 juta

Jan 14, 2022 | 07:07 PM



POLIS telah menahan 242 orang untuk disoal siasat mengenai peranan mereka dalam sekitar 600 penipuan melibatkan lebih $7.2 juta.


149 lelaki dan 93 wanita itu, dipercayai penipu atau keldai wang, belum ditangkap secara rasmi tetapi sedang membantu siasatan, kata polis pada Jumaat (14 Jan).


Orang paling muda yang terlibat berumur 15 tahun dan yang paling tua, 75 tahun, kata polis, yang membawa masuk suspek melalui beberapa operasi dalam dua minggu pertama tahun ini.


Skim yang disiasat termasuk penipuan cinta Internet, penipuan e-dagang dan penipuan pancingan data berkaitan perbankan.


Penipuan perbankan telah menjadi perhatian baru-baru ini.


Sekurang-kurangnya 469 orang telah ditipu oleh mesej teks yang kononnya daripada OCBC Bank yang menghubungkan mereka ke laman web yang kelihatan seperti laman daftar masuk bank itu.


Mereka kehilangan $8.5 juta secara keseluruhan selepas memasukkan butiran mereka dan menyerahkan akaun mereka kepada penipu.


Tidak diketahui sama ada orang yang ditahan polis itu terlibat dalam penipuan tersebut.


Kesalahan menipu membawa hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda. Jika didapati terlibat dalam pengubahan wang haram, seseorang boleh dipenjara hingga 1 0 tahun, didenda hingga $500,000, atau kedua-duanya sekali.


Polis memberi amaran: "Untuk mengelak daripada bersubahat dengan jenayah, orang ramai harus sentiasa menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau nombor telefon mereka, kerana mereka akan bertanggungjawab jika ini dikaitkan dengan jenayah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >