Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes tipu barang mewah: Pasangan didakwa tipu, tinggalkan SG secara haram

Aug 13, 2022 | 05:30 AM



PASANGAN yang dikaitkan dengan kes penipuan barangan mewah yang tidak dihantar berjumlah $32 juta, telah diheret ke mahkamah petang semalam.



Pi Jiapeng, 26 tahun dan isterinya, seorang warga Thailand, Pansuk Siriwapa, 27 tahun, setiap seorang telah dikenakan tuduhan menipu dan tuduhan tambahan meninggalkan Singapura secara haram.



Mahkamah diberitahu bahawa pasangan itu dituduh terlibat secara bersubahat antara Januari dengan Jun lalu untuk menipu para pelanggan syarikat Tradenation dan Trade Luxury.



Pasangan itu dihadapkan bersama di mahkamah menerusi pautan video dan tuduhan dibacakan kepada mereka.



Pi, yang berbual dalam Bahasa Inggeris memakai baju kemeja 'T' hijau gelap, sementara Pansuk, yang memakai baju berwarna hitam berbual menerusi seorang penterjemah.



Pi memberitahu mahkamah bahawa mereka tidak sepatutnya meninggalkan Singapura secara haram.



Menurutnya, mereka berhadapan dengan banyak tekanan pada masa itu dan kededuanya berhadapan dengan ancaman bunuh.



Dia menambah:



"Adalah salah kami membuat keputusan itu.



"Kami benar-benar minta maaf atas masalah yang dihadapi Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).



"Kami akan lakukan yang terbaik dengan Pasukan Polis Singapura (SPF) dan siasatan mulai kini."



Hakim Daerah, Cik Brenda Tan, mengarahkan pasangan itu direman seminggu, bersetuju dengan pihak pendakwaraya bahawa Pi dan Pansuk terbukti berisiko menaiki penerbangan.



Pasangan yang tidak diwakili itu, setiap seorang berhadapan dengan hukuman penjara selama 10 tahun dan didenda bagi setiap kesalahan menipu.



Sementara itu, laporan akhbar The Straits Times (ST) menyatakan bahawa pasangan tersebut telah diberkas di sebuah hotel bajet di Skudai, Johor - sekitar 20 minit perjalanan dari Koswe.



Para pegawai polis berpakaian preman menangkap Pi dan isterinya secara mengejut sedang kededua mereka hendak mendaftar masuk ke Hotel BookMe di Johor Bahru, pada malam Rabu lalu.



Seorang kakitangan hotel itu memberitahu ST:



"Pasangan itu tidak tinggal di hotel ini.



"Mereka sedang mendaftar masuk apabila polis datang mencari mereka.



"Semuanya berlaku dengan pantas dan mereka kemudian diberkas dan dibawa pergi dalam tempoh lima minit."



Satu petikan skrin pada sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu menunjukkan dua pegawai polis berdiri di sebelah pasangan itu sedang mereka duduk di bangku lobi hotel tersebut.



Pemeriksaan menunjukkan hotel yang mempunyai 34 bilik itu mengenakan caj $25 untuk satu malam bagi bilik queen deluxe.



Kakitangan itu memberitahu ST bahawa pihak pengurusan hotel sedar akan insiden tersebut yang berlaku sekitar 11 malam.



Pasangan itu kembali ke Singapura dengan diiringi polis kelmarin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >