Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes tipu insurans libat kemalangan jalan raya kekal rendah: Faishal

Feb 23, 2023 | 10:34 PM



ANTARA 2018 dan 2022, jumlah laporan polis berkenaan pihak yang melakukan penipuan insurans ke atas mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya kekal rendah, iaitu dua kes atau lebih rendah.


Demikian dinyatakan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim dalam jawapannya kepada Encik Louis Chua (GRC Sengkang) pada Rabu.


Beliau menambah tiada sabitan dijatuhkan terhadap golongan itu dalam tempoh lima tahun lepas.


Dr Faishal menjelaskan:  “Kami berpendapat bahawa orang ramai, terutamanya pemandu kenderaan, tahu cara mengendalikan golongan sedemikian.


“Pada dasarnya, walaupun terdapat laporan polis yang dibuat, ada juga yang mendapatkan nasihat dan bantuan daripada pihak insurans dan peguam bela mereka untuk huraian sivil.”


Beliau berkata selain daripada pihak yang melakukan penipuan insurans ke atas mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya, terdapat juga kesalahan lain yang telah dilakukan – antara contoh yang diberikan adalah gangguan ketenteraman awam.


“Jadi pada asasnya, kami akan melihat fakta kes dan adakah ia membentuk terhadap sesuatu kesalahan.


“Orang ramai sedia maklum cara untuk mengendalikannya, mengasingkan diri dan jika pada bila-bila masa kami dapati dan melihat ini adalah perkara yang serius, kami akan mengambil tindakan,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >