Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Kes tunggal Covid-19 baru di dormitori dikesan melalui pemantauan proaktif: MOH

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kes tunggal Covid-19 baru di dormitori dikesan melalui pemantauan proaktif: MOH

Dec 03, 2020 | 10:55 PM

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) berkata kes tunggal Covid-19 baru di dormitori pada Khamis (3 Dis) dikesan menerusi pemantauan proaktif.

Beliau tidak menunjukkan sebarang simptom.

Semua kontak dekatnya di dormitori dan di tempat kerja telahpun diasingkan dan dikuarantin, kata kenyataan MOH.

Dalam kalangan lapan kes import pula, satu merupakan warga Singapura dan dua penduduk tetap (PR) yang pulang dari Amerika Syarikat.

Lagi dua pula pemegang pas kerja yang bekerja di Singapura. Mereka tiba dari Nepal.

Baki yang lain termasuk pemegang pas tanggungan dari Perancis dan dua pemegang pas jangka pendek yang masing-masing tiba dari Indonesia untuk melawat anggota keluarga warga Singapura dan tunangnya.

Mereka sudahpun diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dan dikesan positif semasa menjalani SHN.

Sementara itu, satu lagi kes telah dibenar keluar hospital menjadikan 58,145 pesakit telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19.

Namun 26 pesakit masih di hospital tetapi mereka kebanyakan stabil dan kian pulih.

Tiada kes dalam unit jagaan rapi (ICU).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3