Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes tuntutan, rayuan berhubung pekerjaan turun ketara tahun lalu

Jul 18, 2022 | 09:20 PM



JUMLAH tuntutan dan rayuan berhubung pekerjaan telah merosot dengan ketara tahun lalu (2021), didorong oleh tuntutan gaji yang berkurangan dalam kalangan pekerja tempatan dalam sektor perkhidmatan ekoran keadaan ekonomi kian pulih dari pandemik Covid-19.


Aduan berhubung, misalnya, gaji yang tidak dibayar dan pekerja yang diberhentikan secara tidak adil, berkurangan.

Menurut Laporan Piawaian Pekerjaan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Perikatan Tiga Pihak untuk Pengurusan Pertikaian (TADM) pada Isnin (18 Julai), kadar rayuan dan tuntutan gaji merosot kepada 1.73 bagi setiap 1,000 pekerja pada tahun lalu, berbanding 2.59 pada tahun sebelumnya.


Kebanyakan  5,882 tuntutan dan rayuan yang diterima, dengan 64 peratus dibuat oleh pekerja tempatan.

Laporan itu menyatakan kadar tuntutan berkaitan gaji dalam kalangan pekerja setempat merosot kepada 1.16 bagi setiap 1,000 pekerja tempatan pada 2021, berbanding 1.61 bagi setiap 1,000 pekerja pada 2020.


“Ini juga didorong oleh tuntutan gaji yang berkurangan dibuat pekerja setempat dalam sektor perkhidmatan seperti penginapan, kegiatan khidmat makanan serta dagangan runcit dan borong yang menyaksikan peningkatan signifikan dalam pertumbuhan ekonomi pada 2021,” jelas laporan tersebut.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >