Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keselamatan di pusat pemeriksaan Woodlands, Tuas di bawah ICA mulai 3 Jan

ICA
Nov 17, 2022 | 05:30 AM



PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) akan mengambil alih tugas keselamatan dan perlindungan di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas mulai 3 Januari.



Ia akan menjadi responden pertama yang akan bertindak segera bagi kejadian seperti ancaman bom dan penyerang bersenjata di kededua lokasi.



Dalam langkah mengukuhkan perintah dan kawalan di sempadan Singapura, ICA akan dapat menangani ancaman keselamatan dengan lebih cepat, kerana ia tidak perlu menunggu ketibaan pasukan sokongan.



Sebagai langkah persiapan, 300 pegawai ICA telah menjalani latihan sambil bekerja dengan polis untuk menangani kejadian melibatkan keselamatan.



Pada masa ini, ICA dan polis bersama-sama mengawasi fungsi keselamatan perlindungan di kedua-dua pusat pemeriksaan.



Mulai 3 Januari, pasukan respons pertama ICA akan bergerak untuk mengawal keadaan keselamatan sebelum pasukan sokongan seperti polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dikerahkan.



Ini datang sedang agensi itu melihat di luar tumpuan masa kininya, iaitu perihal imigresen dan pelepasan kargo, kata Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Chua Tuan Meng, komander darat ICA.



SAC Chua berkata kelmarin:



"Bagi mempersiapkan diri dengan peranan kami yang diperluaskan, kami telah melengkapi pegawai kami dengan kemahiran dan kuasa yang diperlukan untuk campur tangan dengan lebih tegas semasa kejadian membabitkan keselamatan.



"ICA akan terus melatih lebih ramai pegawai dalam menjalankan fungsi keselamatan perlindungan dan memperhalusi keupayaan kami untuk memastikan sempadan Singapura selamat dan terjamin."



Kelmarin, satu latihan kerahan darat dijalankan di Pusat Pemeriksaan Tuas bagi menunjukkan cara ICA bekerjasama dengan agensi Pasukan Home Team lain sewaktu kejadian keselamatan.



Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, pemegang jawatan penting daripada Home Team serta anggota media hadir semasa latihan itu.



Mereka menyaksikan bagaimana dua lelaki bersenjata muncul dari sebuah kereta hitam di zon ketibaan kereta dan menembak ke arah pegawai ICA yang bertugas dan cuba mengendalikan pemeriksaan keselamatan ke atas kenderaan itu.



Dua lagi pegawai berdekatan meminta bantuan dan dalam beberapa minit, pegawai ICA yang memakai jaket kalis peluru dan alat pelindung mengepung dan menyerang penceroboh itu.



Mereka disertai pasukan respons kecemasan daripada Pasukan Polis Singapura dan pasukan daripada kontinjen Gurkha, yang menyediakan kekuatan tambahan untuk melenyapkan ancaman itu.



Dalam satu lagi senario kelmarin, empat penyerang bergegas masuk ke zon ketibaan bas di Pusat Pemeriksaan Tuas. Pegawai ICA bekerjasama dengan polis untuk menahan mereka sebelum pegawai SCDF menyelamatkan mereka yang cedera sejurus keselamatan kawasan itu dipastikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >