Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesesakan di pusat pemeriksaan Woodlands, Tuas hingga akhir bulan ini

Jun 23, 2022 | 05:30 AM



KESESAKAN lalu lintas dijangka berterusan di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas sehingga ke akhir bulan ini.



Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) semalam menerusi satu kenyataan menasihati para pelawat supaya merancang untuk menyesuaikan perjalanan mereka.



Aliran lalu lintas melalui kedua-dua pusat pemeriksaan itu "sesak secara konsisten" sejak permulaan cuti sekolah Jun, dengan jumlah pelawat meningkat kepada 278,000 setiap hari pada hujung minggu lalu antara 17 hingga 19 Jun, kata ICA.



Ini berbanding dengan 267,000 orang setiap antara 10 Jun hingga 12 Jun, 224,000 pengembara setiap hari semasa pada hujung sempena cuti Hari Wesak dan 149,000 pengembara setiap hari pada hujung minggu Good Friday.



"Pengembara boleh menjangkakan kelewatan dalam tempoh ini dan dinasihatkan untuk menyesuaikan rancangan perjalanan mereka, jika boleh, untuk mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan trafik," kata pihak berkuasa.



Pihak berkuasa juga menasihatkan pelancong supaya mengambil kira masa tambahan untuk urusan melepasi imigresen imigresen dan mengelakkan waktu sibuk seperti berikut:



Waktu berlepas dari Singapura:



- Sabtu, (Jun 25): 6 hingga 9 pagi, 9 malam hingga 11.59 malam



- Ahad (Jun 26) 6 hingga 8 pagi



Waktu pulang ke Singapura:



- Hari Isnin hingga Jumaat: 10 - 11.59 malam



- Sabtu (Jun 25): 9 hingga - 11.59 malam



- Ahad (Jun 26): 6 petang hingga 11.59 malam



Pemandu kenderaan juga boleh melungsuri akaun Facebook dan Twitter ICA untuk maklumat terkini tentang keadaan trafik di kedua-dua pusat pemeriksaan darat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >