Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesusahan famili satu inspirasi

Jul 25, 2018 | 05:30 AM



KURANG 10 minit sebelum memasuki dewan bagi menduduki antara peperiksaan terbesarnya di universiti, Encik Muhammad Hariz Husaini menerima panggilan daripada ibu beliau.



Menyangka panggilan tersebut membawa berita gembira, Encik Hariz, 25 tahun, rupanya terpaksa berdepan dengan realiti baru yang merobek sukma.



Sambil melalak, ibunya memberitahu beliau mereka terpaksa keluar dari rumah mereka kerana bapanya mendapat hak ke atas rumah tersebut dalam kes cerai yang sedang berlangsung ketika itu.



"Pada 15 minit pertama peperiksaan tersebut, saya hanya terduduk di situ dan tak lakukan apa-apa kerana minda saya sangat bercelaru dan saya cuba sedaya-upaya untuk menahan air mata dari menitis," cerita Encik Hariz.



Pun begitu, beliau berjaya mendapat gred B+ bagi peperiksaan tersebut.



Bukan sekadar drama di dewan peperiksaan, perjalanan universitinya juga dipenuhi onak duri - daripada terpaksa menahan karenah ibu bapanya yang sering bertekak, berpindah-randah kerana tidak mempunyai rumah selama tiga bulan, sehingga bekerja apa sahaja demi menampung kehidupan beliau dan membantu ibunya yang menghidap barah serviks.



Encik Hariz berkongsi bahawa beliau bekerja pada syif malam dan terus ke sekolah keesokan paginya, melakukan tugas-tugas seperti membetulkan paip air dan televisyen rosak, menjadi pereka grafik bebas, serta "apa-apa sahaja yang boleh mendatangkan wang dari kemahiran yang saya ada".



Beliau, yang mengambil jurusan Sosiologi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) turut bekerja sebagai pewawancara kuantitatif dengan jabatan sosiologi NTU, membantu mengumpul data bagi melakukan penyelidikan.



Meskipun terpaksa membanting tulang mengimbangi antara pelajaran dan tugasnya sedang konflik keluarga dan masalah peribadi terus menghantuinya, Encik Hariz tidak pernah sekali berfikir untuk berputus asa.



"Saya rasa perkara yang paling buruk yang boleh berlaku ialah saya kalah secara mental. Saya tidak mahu berputus asa secara mental," katanya.



Perjalanan empat tahunnya di NTU yang tidak pernah terlepas dari cabaran dan rintangan tiba di garis tamat dengan Encik Hariz berjaya meraih ijazah Sarjana Muda dalam Sosiologi (Cemerlang).



"Dengan apa yang telah saya lalui selama ini, saya benar-benar tidak mahu orang lain melalui perkara yang sama, saya mahu bantu orang lain," ujar beliau yang melahirkan cita-cita menjadi pensyarah sosiologi.



Oleh itu, apabila peluang muncul bagi beliau memohon melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD), Encik Hariz mengambilnya. Permohonan beliau diterima Universiti Essex.



"Bila saya berjaya (mendapat tempat), saya begitu gembira sekali, tapi pada masa yang sama saya sedih kerana saya tahu saya tak mampu.



"Kalau saya terima biasiswa penuh sekalipun, ia tidak cukup untuk menampung keperluan keluarga saya apatah lagi dengan keadaan datuk dan nenek saya yang sudah sangat tua dan mempunyai banyak masalah kesihatan," katanya sambil menambah beliau masih mahu melanjutkan pengajiannya di masa hadapan.



Buat masa ini, Encik Hariz sudah pun menerima dua tawaran pekerjaan dan sedang menunggu satu lagi tawaran sebelum membuat pilihan.



Pencapaian cemerlang siswazah NTU:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >