Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ketahui warisan masjid, kuil Hindu di tengah-tengah enklaf Cina

Apr 14, 2018 | 05:30 AM



CHINATOWN sememangnya dikenali sebagai enklaf masyarakat Cina di Singapura.



Namun, di tengah-tengah kawasan warisan itu, terletak dua rumah ibadah bagi kaum minoriti - Masjid Jamae dan Kuil Sri Mariamman di South Bridge Road.



Dibina dalam zaman 1820-an, masjid dan kuil itu bukan hanya berkhidmat sebagai tempat ibadah, bahkan sebagai pusat menjalin rangkaian sosial buat pendatang yang baru tiba di Singapura dari India, kata relawan bersama divisyen Pemeliharaan Tapak dan Monumen Lembaga Warisan Negara (NHB), Cik Gertrude Tan Yam Hua.



"Bayangkan diri anda sebagai seorang pendatang baru. Apabila mereka baru tiba menerusi Sungai Singapura ketika itu, mereka mahu mencari anggota masyarakat mereka sendiri.



"Di mana anda boleh mencari saudara sesama bangsa? Di kuil atau masjid. Di tempat ibadah ini, mereka mengucapkan terima kasih kepada tuhan kerana selamat tiba ke sini dan berdoa.



"Apa lagi aspek penting yang ditawarkan di tempat ibadah selain keperluan kerohanian? Ia adalah tempat bagi menjalin rangkaian sosial. Bagaimanakah anda mendapat pekerjaan apabila anda tiba di tempat baru? Justeru, tempat ibadah ini memainkan peranan yang penting," kata beliau.



Cik Tan akan membawa peserta menyusuri sejarah dan warisan Masjid Jamae dan Kuil Sri Mariamman dalam lawatan berpandu 'Minoriti di Chinatown'.



Lawatan berpandu itu adalah antara kegiatan yang diadakan di Chinatown sempena Pesta Warisan Singapura 2018.



Masjid Jamae dibina pada 1826 oleh masyarakat Chulia, iaitu masyarakat Tamil Muslim yang datang dari Pantai Coromandel di selatan India.



Masjid itu, yang diwartakan sebagai monumen negara pada 1974, menggabungkan seni bina Timur dan Barat.



Misalnya, pagar masuknya menampilkan pengaruh Indo-Islam India Selatan, tiang di dewan solatnya pula menampilkan gaya neo-klasik dan tingkap besarnya menggunakan jubin hijau Cina.



Kuil Sri Mariamman, yang menampilkan pengaruh seni bina Dravidian, pula dibina pada 1827 oleh pendatang daripada kawasan Nagapattinam dan Cuddalore di selatan India.



Reka seni bina asal kuil itu menampilkan struktur kayu dan atap. Struktur kuil yang dilihat kini dipercayai telah dibina pada sekitar 1862 dan 1863.



Ia diwartakan sebagai monumen negara pada 1973.



Cik Tan berkata dua monumen negara itu mencerminkan warisan dan sejarah Singapura dan beliau berharap peserta lawatan berpandu pada hujung minggu ini dapat menghargainya.



Mereka yang berminat menyertai lawatan berpandu 'Minoriti di Chinatown' boleh mendaftar di laman https://www.heritagefestival.sg/programmes/minorities-in-chinatown atau https://www.heritagefestival.sg/programmes/getting-to-know-the-non-chinese-communities-in-chinatown.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >