Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua Eksekutif baru Akademi Home Team lakar keutamaan

Anwar Abdullah ambil alih tugas Clarence Yeo mulai 1 Ogos
Jul 30, 2021 | 05:30 AM



SETELAH 27 tahun berkhidmat dengan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), kini peranan dan cabaran baru menanti Encik Anwar Abdullah.



Mulai 1 Ogos, beliau akan mengambil alih daripada Encik Clarence Yeo sebagai Ketua Eksekutif (CE) Akademi Home Team (HTA).



Encik Yeo yang dilantik CE HTA sejak September 2018, kini akan memegang peranan baru sebagai Penasihat Kanan (Tugas-Tugas Khas) di Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).



Encik Anwar, 56 tahun sebelum ini merupakan Timbalan Pesuruhjaya (Operasi & Ketahanan) SCDF dan telah menyandang tugas sebagai bakal CE HTA sejak 1 Julai lalu.



Dalam satu wawancara bersama Berita Harian (BH), bapa dua anak berusia 22 dan 20 tahun itu telah menetapkan matlamatnya dalam membantu membentuk HTA menjadi sebuah akademi yang dapat terus kekal relevan dan penting dalam dunia yang sering berubah, terutama dalam landskap keselamatan.



"Saya mahu membawa HTA ke peringkat seterusnya.



"Itulah sesuatu yang saya ingin bekerjasama dengan pasukan di sini dan saya percaya bahawa kita bersedia untuk mencapai aspirasi itu," katanya.



Justeru, Encik Anwar berkata beliau akan memanfaatkan pengalamannya sepanjang berkhidmat di SCDF untuk berhubung rapat dengan setiap jabatan di bawah HTA dalam melaksanakan misi dan objektif utama mereka.



Antara tugas yang bakal dipikulnya dalam peranan baru itu termasuk memimpin transformasi berterusan HTA, menyelia latihan dan perkembangan pegawai Home Team, serta meneruskan usaha mencapai kecemerlangan dalam latihan untuk Home Team.



Sebagai seorang yang memperjuangkan pembelajaran sepanjang hayat, Encik Anwar telah menetapkan keutamaan terhadap membangunkan kemahiran dan kecekapan setiap pegawai dan kakitangan HTA yang merangkumi pelbagai peringkat usia.



Beliau berpendapat, memastikan seseorang itu kekal relevan dan saling berkait, terutama dalam ekonomi berasaskan pengetahuan dan dunia yang pantas berubah, adalah satu perkara yang penting.



"Diberikan amanah ini untuk memimpin pasukan Home Team merupakan sesuatu yang amat menarik, namun ia juga datang dengan cabarannya.



"Dalam pada itu, ia juga merupakan peluang bagi saya untuk membantu membentuk pegawai dan pemimpin kita masa ini dan yang akan datang," tambahnya lagi.



Sewaktu di SCDF, Encik Anwar telah memperkenalkan rangka kerja Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) SCDF.



Beliau juga bertanggungjawab dalam memulakan dan mengkonsepsikan sistem pengurusan prestasi baru, seperti Sistem Perusahaan Latihan & Pembelajaran (TALENTS).



Sistem tersebut antara lain memastikan setiap pegawai bertanggungjawab atas pembangunan dan pembelajaran sepanjang hayat mereka.



Dalam pada itu, beliau juga telah memanfaatkan teknologi untuk membangun institusi latihan SCDF bersedia mengharungi cabaran serta memenuhi keperluan latihan masa depan.



Antara jawatan utama lain yang pernah dipikul Encik Anwar semasa di SCDF termasuk Ketua Pengajar, Akademi Pertahanan Awam (CDA), Komander Divisyen Kedua Pertahanan Awam, Pengarah, Jabatan Operasi dan Pengarah Kanan (Perkhidmatan Kecemasan).



Ghairah untuk memikul tanggungjawab barunya, Encik Anwar berkata:



"Saya berharap dapat bekerjasama dengan pasukan petugas HTA yang berdedikasi dalam mengembangkan kemudahan latihan dan pembelajaran bertaraf dunia, memanfaatkan teknologi sebagai pengganda dengan penekanan utama terhadap budaya keselamatan dan pembangunan tenaga kerja."




"Saya mahu membawa HTA ke peringkat seterusnya. Itulah sesuatu yang saya ingin bekerjasama dengan pasukan di sini dan saya percaya bahawa kita bersedia untuk mencapai aspirasi itu...Diberikan amanah ini untuk memimpin pasukan Home Team merupakan sesuatu yang amat menarik, namun ia juga datang dengan cabarannya. Dalam pada itu, ia juga merupakan peluang bagi saya untuk membantu membentuk pegawai dan pemimpin kita masa ini dan yang akan datang."
- Encik Anwar Abdullah, Ketua Eksekutif (CE) Akademi Home Team.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >